Oleh Robot Merah July 23, 2018

Sepucuk surat dikatakan ditulis oleh pegawai risikan tertinggi di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang melakarkan bekas perdana menteri itu sebagai sekutu AS yang boleh bekerjasama dengan Washington, berbanding Dr Mahathir yang “anti-Barat” dan “anti-Yahudi”.

Najib bagaimanapun berkata beliau tidak pernah mengarahkan surat itu ditulis dan tidak tahu menahu tentang kewujudannya, tetapi satu salinan yang dilihat oleh FMT antara lain, memuji “dasar luarnya yang progresif”, dengan berkata Malaysia merupakan sekutu penting AS dan satu-satunya rakan kongsi paling berwibawa di rantau Asia Tenggara kerana negara lain sama ada terlalu kecil, terlalu pro-China atau “terlalu sibuk dengan masalah domestik mereka”.

“Puan Yang Berbahagia tentu maklum bahawa Mahathir bukanlah seorang pembaharu yang akan mengukuhkan kepentingan nasional Malaysia kerana beliau menyertai pembangkang untuk kepentingan dirinya sendiri,” kata surat itu kepada Gina Haspel, pengarah CIA.

Surat tersebut dikatakan ditulis bagi pihak Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO) dan ditanda tangani oleh Datuk Hasanah Ab Hamid, yang mengetuai sebuah unit di bawah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri.

Berikut adalah terjemahan teks penuh surat berkenaan bertarikh 4 Mei 2018, hanya seminggu sebelum pilihan raya yang menamatkan kuasa Barisan Nasional selama lebih 60 tahun.

Pejabat Ketua Pengarah
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Perdana Menteri
Malaysia

Puan Yang Berbahagia
Cik Gina Haspel
Pengarah (Lantikan)
Agensi Perisikan Pusat
Amerika Syarikat

Yang Berbahagia Gina, semoga anda sihat sejahtera.

Dengan takzim saya amat menghargai peluang untuk mengucapkan selamat kepada Puan Yang Berbahagia dan berharap Puan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Pertama, bagi pihak Malaysia External Intelligence Oraganization (MEIO), saya mahu merakamkan ucapan tahniah kepada Puan atau lantikan sebagai Pengarah (Lantikan) Agensi Perisikan Pusat (CIA) baru-baru ini.

Saya juga mahu mengambil peluang ini untuk memaklumkan kepada Puan tentang pilihan raya umum di Malaysia yang bakal diadakan pada 9 Mei 2018.

Malah seperti yang Puan sedia maklum, ia berkemungkinan besar merupakan pilihan raya paling sengit dalam sejarah Malaysia. Parti pembangkang, selain PAS, kini telah bergabung membentuk sebuah pakatan rapuh, Pakatan Harapan, dan melantik bekas perdana menteri berusia 93 tahun, Mahathir Mohamad sebagai pemimpin mereka dalam pilihan raya kali ini.

Pada masa lalu, Mahathir bersikap anti-Barat, anti-Yahudi, autokratik, menutup mulut pengkritik dengan keras, dan mengabaikan sama sekali hak asasi manusia dan pemerintahan berdasarkan undang-undang.

Pada zaman pemerintahan beliau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disalah guna dengan meluas untuk kepentingan agenda politiknya sendiri dan membolehkan beliau memerintah Malaysia selama lebih 2 dekad.

4. Empat parti yang membentuk Pakatan Harapan, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Democratic Action Party, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak mengemukakan cadangan yang konkrit dan munasabah dalam manifesto mereka berkaitan dasar luar Malaysia. Ini boleh merosakkan hubungan dua hala antara 2 negara kita, selain semakin menggugat kestabilan keadaan keselamatan di Asia Tenggara.

Selain itu, manifesto tersebut juga tidak menggambarkan kemampuan pakatan tersebut memahami dan menangani ancaman geostrategi yang dihadapi dunia, apatah lagi kemampuan bekerjasama dengan AS dalam menangani cabaran itu. Ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan agensi keselamatan di Malaysia dan rantau ini.

5. Sebaliknya kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib, yang mentadbir Malaysia sepanjang 9 tahun lepas, telah membuktikan bukan sahaja amalan dasar luar yang mantap dan progresif, tetapi juga banyak menyumbang ke arah pengukuhan keselamatan rantau ini melalui penglibatan aktif dalam mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau.

Tidak seperti Mahathir, Perdana Menteri Najib dikenali sebagai sekutu penting AS dan akan terus menyokong kehadiran AS di rantau ini. Tanpa kehadiran Perdana Menteri Najib sebagai pemimpin negara ini, AS bakal kehilangan rakan kongsi yang boleh dipercayai di Asia Tenggara memandangkan Filipina telah memutuskan ikatan dengan AS, sementara Singapura dan Brinei terlalu kecil untuk memberi impak dan Thailand serta Indonesia pula terlalu sibuk dengan masalah domestik mereka sendiri. Dalam pada itu negara-negara Indochina, kecuali Vietnam, terlalu cenderung kepada China.

6. Seperti makluman Puan Yang Berbahagia, di bawah Perdana Menteri Najib, Malaysia terus aktif terlibat dalam menamatkan konflik bersenjata yang berpanjangan di selatan Filipina dan selatan Thailand.

Baru-baru ini, melalui ASEAN dan Pertubuhan Negara Islam (OIC), Malaysia memainkan peranan penting dalam mencari penyelesaian bagi krisis Rohingya yang berkemungkinan muncul sebagai punca baru ancaman pengganas di rantau ini.

Perdana Menteri Najib juga telah mewujudkan sebuah hospital lapangan yang serba lengkap dan dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan di Cox Bazar, Bangladesh bagi memenuhi keperluan lebih 700,000 pelarian Rohingya.

7. Dalam usaha menghadapi ancaman terorisme, Malaysia berbangga menjadi sekutu AS, dan langkah Washington memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi bagi Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorisme (SEARCCT) dan Regional Digital Counter-Messaging Communication Centre (RDCCC) tajaan AS.

Selain itu, MEIO juga merupakan pengerusi bagi AIC-CTC sejak ia dilancarkan Perdana Menteri pada Disember 2016. AIC-CTC bersama-sama 5 rakan kongsinya, termasuk perkhidmatan risikan anda yang sangat dihormati bekerjasama rapat dalam usaha-usaha anti-terorisme.

8. Sejak Perdana Menteri Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara, Malaysia dikenali di peringat antarabangsa sebagai sebuah negara Islam moderat dan progresif. Penubuhan Global Movement of Moderates adalah bukti terhadap kepimpinan beliau memajukan kesederhanaan, keamanan bersama dan menghormati sikap saling memahami, meraikan dimensi kepelbagaian yang kaya, selain menyekat ekstremisme di peringkat global.

9. Berkaitan ancaman nuklear Korea Utara, Malaysia sentiasa menyokong resolusi UNSC dan pendekatan tekanan maksimum AS ke atas Pyongyang. Ini termasuklah penggantungan pengambilan pekerja dari Korea Utara, menuruntarafkan hubungan diplomatik, dan menguatkuasakan sekatan perdagangan serta ekonomi.

Malaysia juga mengalu-alukan Sidang Puncak AS-Korea Utara yang bakal diadakan dan bersikap optimis akan natijah positifnya yang akan mengurangkan ketegangan di Semenanjung Korea dengan banyaknya.

10. Malaysia mengalu-alukan kehadiran AS di rantau ini, terutamanya di Laut China Selatan sebagai pengimbang terhadap sikap mendesak maritim China. Kami berpegang pada sistem berasaskan peraturan dan kebebasan pelayaran di Laut China selatan.

Malaysia juga menghargai sokongan berterusan daripada AS dalam menaiktaraf kemampuan keselamatan maritim dan latihannya, selain pertukaran risikan berkaitan isu Laut China Selatan daripada perkhidmatan risikan Puan.

11. Yang Berbahagia Puan, Perdana Menteri Najib Razak dijangka memenangi pilihan raya ini secukupnya bagi membentuk kerajaan akan datang. Sejak 1959, Malaysia menggunakan sistem pilihan raya first-past-the post seperti di United Kingdom, bukannya sistem perwakilan berkadar. Keputusan pilihan raya ditentukan oleh jumlah kerusi yang dimenangi di Parlimen, bukannya berdasarkan undi popular yang diterima seperti diperjuangkan oleh pihak pembangkang, PH.

Sama seperti keputusan pilihan raya 2013, PH telah pun mengisytiharkan kemenangan, tetapi pada masa sama mendakwa ia akan dirampas daripada mereka hanya dengan tujuan merosakkan proses demokrasi di negara ini.

12. Kami percaya Yang Berbahagia Puan dapat memahami dinamika politik pilihan raya ini dan percubaan terdesak parti pembangkang sejak 1999 mahu mengambil alih kerajaan, hatta melalui cara tidak demokratik.

Ini termasuklah penyebaran naratif negatif terhadap polisi politik dan sosio-ekonomi, terutamanya oleh portal berita atas talian seperti Malaysiakini dan Sarawak Report.
Undang-undang anti-berita tidak benar yang baru diluluskan bertujuan mengawal usaha merosakkan kemajuan negara.

Sebelum itu mereka juga menubuhkan NGO seperti Bersih Global dengan tujuan mengerakkan kebangkitan ala-Arab Spring di Malaysia.

Sejak 2016, harapan pembangkang untuk merebut kuasa kelihatan lebih munasabah apabila Mahathir menyertai mereka. Ironisnya, perjuangan reformasi selama 20 tahun oleh Anwar Ibrahim sebelum itu adalah kerana menentang dan mencabar tirani Mahathir.

13. Puan Yang Berbahagia tentu maklum bahawa Mahathir bukanlah seorang pembaharu yang akan mengukuhkan kepentingan nasional Malaysia kerana beliau menyertai pembangkang untuk kepentingan dirinya sendiri. Dalam pada itu pihak pembangkang pula berharap untuk menmpergunakan kecekapannya berpolitik untuk mengalahkan parti Perdana Menteri Najib.

14. Saya berharap perkhidmatan risikan Puan yang dihormati akan melaporkan kepada Setiausaha Negara tentang keruwetan mengendalikan pilihan raya ini di pihak Perdana Menteri Najib dan keperluan mendapatkan sokongan AS kepada kerajaan sekarang hatta sekiranya kami memenanginya dengan majoriti mudah satu kerusi sekalipun.

Apa-apa isyarat yang menunjukkan bahawa kerajaan AS akan terus menyokong Perdana Menteri Najib dan kerajaan pimpinan beliau akan membantu mengukuhkan kestabilan kami dan memperkuatkan hubungan mesra sedia ada yang didorong oleh hubungan baik antara 2 pemimpin kita.

15. Saya juga amat berharap hubungan persahabatan antara kita juga dan kerjasama erat antara MEIO dan CIA akan terus subur pada tahun-tahun akan datang untuk kebaikan bersama negara kita.

16. Salam takzim dan hormat daripada saya.

Yang benar,
Datuk Hasanah Ab Hamid
Ketua Pengarah.

Rujukan Free MalaysianToday

Isi Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.