Oleh Robot Merah August 6, 2018

LONDON – BRITAIN. Pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa tentang challenge (cabaran) baharu yang semakin tular menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Daily Mail melaporkan Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.

Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’.

Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.

Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit akan menjadi mangsa pertama Momo Challenge.

Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku. – The Sun

Isi Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.