Oleh Robot Merah August 6, 2018

Kes dadah yang membabitkan Uqasha Senrose pada Mei lalu telah ditutup dan segalanya telah selesai.

Penemuan dadah jenis Eramin 5 dalam beg tangannya menggemparkan industri hiburan apabila dia ditahan polis.

Kejadian itu benar-benar menjadi pengajaran dalam hidupnya, apatah lagi dia merupakan artis yang dikenali. Pasti ia meninggalkan detik hitam dalam sejarah hidupnya.

“Sebenarnya, tiada apa yang berlaku pun. Saya juga tidak mahu mengungkit lagi kejadian itu. Kini, tiba masanya untuk saya fokus kepada kerjaya lakonan,” katanya pada Harian Metro.

Reputasinya sedikit tercalar dengan isu tersebut, namun sejak hari itu dia semakin berhati-hati bergaul dengan sesiapa sahaja.

Segala keterangan telah diambil oleh pihak polis dan mendapati Uqasha negatif dadah. Akhirnya, dia dibebaskan.

Moga kejadian ini mematangkan Uqasha dan tidak lagi bergaul dengan sembarangan orang! Sama ada benar atau tidak, hanya empunya diri saja yang tahu

Isi Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.