Oleh Robot Merah August 6, 2018

Seorang lelaki mendakwa isterinya curang selepas terjebak dengan aplikasi media sosial Bigo Live.

Memetik Harian Metro, gara-gara video Bigo Live, kontraktor Jefri, 51, mendakwa sikap isterinya mula berubah hingga sanggup menipu dirinya sejak terjebak dengan apliksai berkenaan.

Difahamkan, isterinya, 26, mula berkenalan dengan lelaki lain menerusi aplikasi itu hingga menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak empat tahun lalu semakin retak berantakan.

“Mulanya saya tidak mengesyaki sesuatu dan beranggapan isteri memuat turun aplikasi itu hanya untuk suka-suka sama seperti Instagram dan Facebook, namun sebaliknya yang berlaku.

“Selepas dia ‘taksub’ dengan Bigo Live dan mengikut beberapa ‘group’ di aplikasi itu, dunianya hanya bersama telefon pintar. Malah, perubahan ketara apabila isteri berkenalan dengan seorang lelaki,” katanya kepada NSTP.

Lebih parah, isterinya enggan mengendahkan nasihat dan amarannya supaya tidak lagi menggunakan aplikasi terbabit.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan dan lebih lapan bulan saya cuba menyelamatkan rumah tangga, namun menemui jalan buntu.

“Dia (isteri) sanggup berjaga sehingga lewat pagi hanya untuk memuaskan hati melihat segala aktiviti di Bigo Live dan mengetahui apa yang dilakukan lelaki dikenalinya itu.

“Bayangkan, saya tidur di sebelah, tetapi dia dalam diam bermain Bigo Live di dalam selimut,” katanya.

Jefri bagaimanapun, menegaskan bahawa dia tidak berniat mengaibkan isterinya, sebaliknya pendedahan itu dibuat supaya dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada masyarakat terutama yang sudah berumah tangga.

Rujukan Cari

Isi Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.