in

228.7k Undi Setuju Pengisyiharkan Restoran Sebagai Kawasan Larangan Merokok

b46dca1a-0a7a-43fd-94f0-eea1c45d0166-866-000000ad28236cf1

Nampaknya, berita ini mungkin tidak disambut baik oleh semua perokok. Bermula Disember ini, semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Menerusi satu portal berita, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, langkah ini merupakan inisia­tif kementerian bagi melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.

Oleh itu, mereka ingin memperluaskan lagi kawasan larangan mero­kok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

Tetapi walau bagaimanapun, cadangan berkenaan masih lagi dalam proses perbinca­ngan pihak kementerian de­ngan beberapa pihak berkepentingan.

Dr. Lee berharap semua dapat menyokong usaha ini demi persekitaran yang sihat untuk masayarakat awam.

Jika peraturan ini tidak dipatuhi, mereka terbabit boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Tambah beliau lagi, selain restoran terbuka, pihaknya turut mencadangkan bilik me­rokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok

Seta­­kat ini di bawah Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk pusat hiburan, teater (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino), dalam lif atau tandas awam, tempat makan berhawa di­ngin, dalam kenderaan awam atau hentian awam, lapangan terbang, kawasan premis kerajaan dan kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.

Sehingga 2018, terdapat lima negeri yang mewartakan peraturan itu dan kementerian komited mewartakan semua tempat awam sebagai kawasan larangan me­rokok

Rujukan Siakapkeli

Telefon Pintar Harga Bajet! Wajib Jadi Milik Anda Tapi Apa Yang 'Best' Pasal HONOR 10 LITE?

Jika anda tercari-cari telefon, pastinya yang sangat diinginkan anda dalam satu telefon pintar yang mana dalamnya memiliki kecanggihan yang luar biasa bukan? Yang difikirkan, harga ribuan ringgit saja dapat penuhi keinginan anda namun anda salah kerana dengan hanya telefon pintar HONOR 10 LITE, anda akan rasai satu kecanggihan yang luar biasa dengan harga yang sangat murah!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
1536657106362-1

Najib Razak Sekolahkan Lim Guan Eng Kerana Pau

img_7769

Suspek Samun Kedai Dobi Ditahan