Oleh Robot Merah September 10, 2018

PUTRAJAYA, 6 Sept — Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Ahad ini telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan Am 1951.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Sumber Manusia berkata hari kelepasan am itu adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberi kepada pekerja menurut Seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955.

“Memandangkan hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari Ahad, Seksyen 60D(b)(i) Akta Kerja 1955 memperuntukkan hari bekerja berikut selepas sahaja hari rehat tersebut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai ganti bagi hari kelepasan am.

SUGGESTED NEWSMgid

Lakukan ini setiap hari untuk kehilangan 10 kilo seminggu!

Dokter telah menemukan penyebab bau busuk dari mulut! Baca disini

Hanya kerana teknik ini, saya dah jadi jutawan dalam 2 bulan!

Dengan itu, 10 September (Isnin) adalah cuti umum bagi negeri-negeri selain daripada negeri-negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu,”katanya.

Manakala bagi negeri-negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu di mana hari Ahad merupakan hari bekerja, maka cuti umum yang jatuh pada 9 September 2018 (Ahad) tidak perlu diganti, menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian untuk Sabah dan Sarawak Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kedua-dua kerajaan negeri juga telah mengisytihar hari itu sebagai suatu hari kelepasan am masing-masing.

Untuk Sabah dan Sarawak katanya sebagaimana diperuntukkan masing-masing di bawah Seksyen 3(3) Ordinan Hari Kelepasan (Sabah Bab 56) dan Seksyen 3 yang dibaca bersama Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan Am (Sarawak Bab 8), memandangkan hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari Ahad maka ia hendaklah digantikan dengan hari yang berikutnya iaitu pada 10 September (Isnin).

“Memandangkan cuti ini jatuh pada hari Ahad, maka pekerja layak untuk menikmati hari kelepasan am berbayar pada hari yang berikutnya iaitu 10 September (Isnin) sebagai ganti.

Sekiranya pekerja dikehendaki untuk bekerja pada 10 September 2018, pekerja hendaklah dibayar mengikut kadar gaji bekerja pada hari kelepasan am sebagaimana diperuntukkan di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 67),”katanya.

Justeru, kementerian menyeru para majikan sektor swasta supaya mematuhi peruntukan Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) berkenaan dengan hari kelepasan am berbayar itu kepada pekerja serta pembayaran gaji kepada pekerja yang dikehendaki untuk bekerja pada hari berkenaan. — Bernama

Isi Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.