Oleh Robot Merah, September 13, 2018

ALOR SETAR: Seorang daripada dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani kelmarin berjaya ditahan polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 21 tahun dari Nibong Tebal yang dipercayai memegang parang dalam kejadian itu ditahan 1.30 tengah hari.

“Suspek ditahan selepas ibu mangsa membawanya ke IPD Kuala Muda untuk tindakan susulan pihak polis dan berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku terbabit dalam kejadian samun berkenaan.

“Kita turut menahan isteri suspek yang berusia dalam 30an untuk membantu siasatan kerana isteri suspek berada sekali dalam kereta ketika suspek menyamun mangsa dan kedua-duanya akan direman bermula esok.

“Kita juga turut menggiatkan usaha untuk memburu seorang lagi suspek dipercayai rakan mangsa yang berusia dalam 20-an dipercayai terbabit dalam kejadian samun berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Katanya, terdapat tiga premis yang disamun oleh suspek sebenarnya kerana terdapat satu lagi kedai runcit 24 jam di kawasan sama menjadi sasaran kedua-dua suspek selepas dua kejadian samun sebelum itu.

“Kejadian samun yang ketiga itu berlaku antara tempoh satu hingga satu setengah jam selepas kedua-dua kejadian samun sebelum itu dan dipercayai suspek turut melarikan sejumlah wang tunai dari kedai berkenaan.

“Laporan polis sudah dibuat dan tiada mangsa yang tercedera dalam kejadian berkenaan malah ujian air kencing juga mendapati suami isteri terbabit positif dadah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata.

NSTP semalam melaporkan, dua lelaki bersenjatakan parang menyamun kedai dobi dan kedai runcit 24 jam dalam tempoh 15 minit di Bandar Puteri Jaya dan Taman Ria, Sungai Petani menyebabkan kerugian RM14,500.

Dalam kejadian pertama jam 7 pagi, kedua-dua lelaki berkenaan menyamun pensyarah wanita berusia 37 tahun ketika membasuh pakaian bersendirian di kedai dobi 24 jam sebelum menyamun dua lagi kedai runcit 24 jam di Taman Ria di kawasan yang sama.

Terdahulu, Mior Faridalathrash bersama Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Datuk Mat Kasim Karim menyaksikan serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Kedah yang baru antara Superintendan Zahari Mohamed dengan Deputi Superintendan Chuah Seong Lim.

Zahari, 57 yang memegang jawatan itu sejak 2016 akan bertugas sebagai Penolong Pengarah (Kesejahteraan/Organisasi) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dan tempatnya itu kini digantikan oleh Chuah, 55 yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar

Rujukan Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

KISAH-KISAH LAIN YANG ANDA MINAT