Oleh Robot Merah September 24, 2018

Syarikat Vivo, syarikat berkembang bermula dengan jenama yang tidak dikenali ramai sehinggalah tersenarai sebagai lima jenama pilihan pengguna seluruh dunia. Dalam usaha untuk membawakan lebih banyak inovasi kepada penguna, Syarikat yang berasal dari China ini nampaknya tidak menunggu lama dengan mengumumkan model Vivo V11 yang hadir dengan teknologi pengimbas cap jari pada skrin. Malaysia sekali lagi menjadi antara negara yang awal menerima peranti terkini dari mereka hadir ke pasaran tempatan.

Spesifikasi

Vivo V11 didatangkan dengan specifikasi seperti skrin 6.41-inci Super AMOLED Full HD+, cip Snapdragon 660 AIE, memori 6GB RAM, dan storan 128GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 256GB. Sistem Vivo V11 menggunakan Funtouch OS 4.5 (berasaskan Android 8.1 Oreo). Kapasiti baterinya adalah sebesar 3400mAH, dijangka mampu memberikan 6-7 jam penggunaan sepanjang hari.

Kamera

Vivo V11 dilengkapkan dengan kamera 12MP + 5MP dual pixel sensor pada bahagian belakang, dan kamera hadapan 25MP beserta teknologi AI dalam memberikan gambar yang tampak lebih dinamik dan cantik. Salah satu kelebihan AI, ia membolehkan Vivo V11 menetapkan sesuatu penggambaran secara automatik selepas berjaya mengenal pasti subjek di hadapan kamera. Vivo V11 mampu membuat rakaman [email protected] Fungsi lain turut hadir pada Vivo V11 seperti kebolehan AI Face Beauty, Professional, dan AR Stickers sebagai fungsi tambahan ketika melakukan penggambaran.

Inovasi Pengecasan Pantas

Pada model ini, Vivo telah menawarkan “Dual Engine Fast Charging” dalam memberikan pengecasan pantas. melalui penggunaan pengecas yang dibekalkan, Ia dijangka dapat menyingkatkan masa pengecasan Vivo V11 dalam masa sekitar 2 jam sahaja. Bagaimana is berfungsi, berbeza dengan telefon pintar yang lain hanya menggunakan satu kad pengecasan, Vivo V11 pula menggunakan Teknologi pengisian pantas dua hala menggunakan dua kad pengecas serta litar pengisian dwi untuk mempercepatkan kadar pengecasan peranti.

Rekaan

Daripada segi variasi, Vivo V11 ditawarkan dalam dua pilihan warna, menerusi Starry Night dan Nebula yang diinspirasikan oleh misteri alam semesta. Starry Night merupakan campuran hitam dan biru, warna ibarat pemandangan langit pada waktu malam dan warna Nebula, biru dan ungu memberi impresi bintang di galaksi yang meningkatkan elemen reka bentuk futuristik V11. Pilihan warna boleh dipilih sewaktu membuat pembelian peranti.

Boleh Beli Di Mana?

V11 dijual pada harga RM1,699 dan V11i pada RM1,299. Untuk pasaran di Malaysia, boleh ke mana-mana Vivo Concept Store atau partners store seperti Senheng/senQ, Courts, Chan Furniture, Harvey Norman, AEON atau pembelian secara online di www.vivostore.com.my mahupun di Lazada, 11street, Shopee, LMall, Ezbuy, dan Aladdin Street. tawaran menarik seperti USB pada harga RM1, fon telinga dengan harga RM11, charging adapter pada harga RM21 dan powerbank 10,000mah dengan harga RM31 sebaik membuat pembelian buat mana-mana produk siri V.

Isi Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.