in ,

Biodata Fatin Afeefa

1540954595716

Adakah anda sedang mencari maklumat mengenai Fatin Afeefa ? Jika ya, anda berada di tempat yang betul, ini kerana kami ada menyediakan biodata Fatin Afeefa. Fatin Afeefa merupakan pelakon yang mula meningkat naik di Malaysia. Fatin Afeefa Mula dikenali setelah berlakon dalam Drama Jodoh-Jodoh Annisa.

Baca : [FOTO] “Cantik Teruk..”- Fatin Afeefa Dipuji Peminat Miliki Wajah Berseri-seri Sampai Cemburu

Biodata Fatin Afeefa

  • NAMA PENUH : Fatin Nur Afifah Binti Shamsudin
  • NAMA PANGGILAN : Fatin Afeefa
  • UMUR : 24 Tahun (2018)
  • ASAL : Kuala Lumpur
  • PEKERJAAN : Pelakon
  • STATUS : Berkahwin (21 Disember 2013) (Bercerai 30 Mei 2017)
  • CAHAYA MATA : Adam Aisy Arrian, 4 dan Ivy Herra Sophia, 2
  • SENARAI FILEM/DRAMA : Kekasih Paksa Rela, Monalisa, Semusim Rindu, Red Velvet, Jodoh-Jodoh Annisa, Tentang Bulan, Kampung Drift, Volkswagen Kuning, Hospital
  • INSTAGRAM : https://www.instagram.com/fatinafeefa/
  • TWITTER : https://twitter.com/FatinAfeefa

Dilahirkan pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Fatin Afeefa memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur 8 tahun. Drama pertama beliau ditayangkan di TV3, bertajuk Maksimum. Beliau membintangi filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi oleh Erin Malek, Nik Adruce dan Aedy Ashraf.

10 tahun kemudian, Fatin berlakon bersama Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip dalam filem Kampung Drift. Beliau muncul dalam drama adaptasi novel, Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar. Kemudian disusuli drama adaptasi Korea “The Womans Room” yang bertajuk “Monalisa” lakonan Zara Zya dan Nazim Othman.

Beliau berkahwin dengan pelakon Adam Shah pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan 2 anak, pasangan ini memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017.

Tahun 2017 dan 2018 merupakan tahu penuh controlversy buat Fatin Afeefa dimana seorang wanita tampil mendakwa pelakon Fatin Afeefa menjalinkan hubungan intim dengan suaminya sehingga rumah tangga mereka berantakan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
911580_L

5 Perkara Yang Hanya Berlaku Di Malaysia!

faizal hcl

[VIDEO] “Nabil Please Stop!…”- Ramai Terhibur Lihat Nabil Ahmad ‘Joget’ Bersama Faizal Tahir