in

Kementerian Kesihatan Umum 14 Produk Kosmetik Mengandungi Racun

img_8534

Kenyataan Akhbar KPK 9 Oktober 2018 – Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual:

  • Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Day Cream
  • Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Night Cream
  • Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Treatment Cream
  • Alora Night Glowing Cream
  • Karisma Nightcream Kunyit
  • Karisma Daycream
  • Karisma Treatment Sarang Burung
  • Seputih Melati Night Cream Whitening
  • Seputih Melati Night Cream Glowing
  • Majaja Serum Channtiq
  • SYMA MAGICAL SERUM
  • SYMA Facial Cleanser
  • Khumaera Moistskin Cleanser
  • Bao Shu Tang Snow Lotus Cream

Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan diphenhydramine sepatutnya perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Ini komen dari Datuk Dr Noor Hisham Abdullah:

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

“Bagaimanapun, penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

“Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit”

“Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

“Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

“Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit”

Beliau berkata, pihaknya menasihatkan penjual dan pengedar produk-produk kosmetik berkenaan supaya menghentikan penjualan dan pengedaran dengan dengan serta-merta. Tambahnya lagi, penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

“Bagi syarikat pula, mereka yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya”

Selain itu katanya, orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik berkenaan dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

img_8526

Hati-Hati Dengan Teknik Baru Penipuan Pembayran Atas Talian

img_8550

Kisah Disebalik Gambar Viral Jururawat Dan Penoreh Getah