in

Malaysia kini boleh memiliki dan merasai Vivo Fairy Pink V11i

FRT352101

Vivo secara rasmi telah mendedahkan edisi terhad Fairy Pink Vivo V11i di Malaysia. Vivo V11i disertakan dengan kamera AI yang tinggi kualitinya dan boleh merakam gambar yang bermutu dalam apa jua suasana dengan mudah. Varian Fairy Pink adalah tambahan kepada warna semasa – Starry Night dan Nebula. Vivo memperkenalkan model ini pada bulan Oktober sejajar dengan sokongan kepada kesedaran Kempen Kanser Payudara.

Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia berkata bahawa “Malaysia sentiasa menjadi pasaran utama untuk Vivo di rantau Asia Tenggara dan membawa masuk Fairy Pink V11i adalah satu cara untuk menunjukkan komitmen kami untuk pasaran ini. Fairy Pink berfungsi sebagai tambahan yang indah kepada Starry Night dan warna Nebula untuk V11i, dan kami percaya ini akan membantu kami memperkukuh kedudukan kami di Malaysia”.

 

Seperti telefon pintar Vivo yang lain, Vivo V11i mempunyai spesifikasi hebat dan memori yang cukup iaitu 128GB storage. Anda boleh menyimpan banyak kenangan dan aplikasi dalam storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan sehingga 256GB melalui slot kad microSD! Ambil selfie dan banyak lagi dengan kamera depan 25MP yang boleh merakam setiap momen dengan hebat dan jelas, juga kelihatan seperti nyata dengan dwi kamera belakang gabungan 16MP + 5MP.

 

Apa yang lebih menarik, anda boleh menggunakan telefon pintar ini selama yang mungkin dengan bateri 3,315mAh dan charge pantas (9V 2A).

Edisi terhad Fairy Pink V11i ni dihasilkan akan dijual pada harga RM1,299. Peranti ini akan dijual di seluruh negara pada 1 November 2018 di semua kedai konsep Vivo, eStore rasmi Vivo, dan platform eCommerce, Lazada, Shopee dan 11street. Ia juga boleh didapati di penjual semula sah pada 3 November 2018.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
fattah

[FOTO] “Kalah Kuku Perempuan Haha”- Ramai Terpesona Lihat Kuku Fattah Amin Berseri

632394_L

Aplikasi Yang Anda Perlu Muat Turun Untuk Merancang Percutian Anda