in

Biodata Idris Elba – Lelaki Yang Dinobatkan Sebagai “Sexiest Man Alive”

FB_IMG_1541597740846

Popular atau lebih dikenali dengan nama Idris Elba sebagai nama pentas, Idrissa Akuna Elba adalah seorang actor yang hebat yang sering membawakan watak-watak berat dan mencabar didalam filem lakunannya.

Anak kelahiran Hackney, London ini juga dikenali sebagai pemuzik dan juga seorang DJ yang menggunakan nama DJ Big Drills atau Big Drills the Londoner.

Telah dicalonkan dalam banyak ketegori dalam Golden Globe Award juga majlis anugerah yang lainnya, untuk filem dan drama mini siri untuk siaran televisyen ,pada tahun-tahun yang berbeza dan telah memenangi sebahagian daripadanya , satu darinya ialah Award Best Actor.FB_IMG_1541597688042

Ayah  kepada 2 orang anak ini berusia 46 tahun. Pernah mengarah untuk muzik video dan menjadi Pengarah Eksekutif untuk filem Legacy. Murdah Love John adalah tajuk albumnya yang dihasilkan pada tahun 2015, ( The John Luther Character Album) , juga beberapa album mininya teleh dikeluarkan pada tahun-tahun berbeza sebelumnya bertajuk ,Bigman, Kings Among Kings, High Class Vol. 1 dan Idris Elba Presents MiLelaki hebat  ini juga adalah anak tunggal kepada pasangan Winston dan Eve. Ibunya dari Ghana manakala ayahnya orang Siera Leone. Beliau memulakan kerjaya sebagai DJ sebelum menjadi seorang artis.

Meminati pasukan bolasepak Asenal sedari usia remaja lagi. Beliau pernah di kategorikan jejaka Terseksi oleh Majalah Essence dan Majalah People pada tahun 2013. Majalah people juga menobatkannya bersama 100 yang lain sebagai orang paling tampan didunia pada tahun 2007. Terbaru pada 2018 , sekali lagi Majalah People menobatkannya sebagai  ” Sexiest Man Alive ”
Tidak pernah mendapatkan pendidikan secara formal dalam bidang seni, tetapi kerana kesungguhan dan kerja kerasnya dan melihat pada pencapaian peribadinya yang menberangsang dan membanggakan, kerajaan Inggeris telah menganugerahkannya dengan gelaran OBE.

Suaranya juga digunakan untuk watak-watak dalam filem Zootopia, The Jungle Book dan Finding Dory. Beliau kini tinggal di Los Angeles California AS.

MuslimahClothing0

Trend Fesyen Muslimah Di Malaysia

FB_IMG_1541641056307-1

Bajet 2019: Inisiatif PTPTN Telah Pun Diumumkan