in ,

Power! Jadi Jurugambar PROFESIONAL Dengan Hanya Telefon Pintar Vivo V11

vivo18

Bagi yang gemar berjalan-jalan pasti mahukan moments anda dijadikan kenangan bukan? pastinya anda akan memilih untuk mengupah seseorang yang lebih pakar untuk menjadikan moments anda lebih menarik.

vivo11

Namun, sebenarnya pilihan anda salah. Kerana anda sendiri boleh menjadi jurugambar profesional dengan hanya menggunakan telefon pintar saja. Malah sudah cukup untuk anda yang menangkap kenangan berharga dengan super duper wow. Vivo V11 memperkenalkan anda pelbagai kecanggihan luar biasa untuk jadikan gambar anda seperti ditangkap oleh jurugambar profesional iaitu anda sendiri. Bagaimana? Ini info lebih lanjut buat anda!

1. Tangkap dengan mudah kenangan berharga anda!
Rata-ratanya beranggapan untuk jadi profesional perlu belajar seni fotografi terlebih dahulu. Ya memang betul, namun kini lebih mudah untuk anda kerana seni fotografi telah mengalami transformasi asas dengan peningkatan telefon kamera yang mana muncul smartphone pintar AI yang boleh didapati menerusi V11 sahaja!

vivo12 vivo15

Dimana, kamera berkuasa AI menjanjikan untuk anda satu pembacaan fotografi yang lebih baik dan teknologi AI ini sangat cepat untuk dapat mengenal pasti tetapan mana yang diperlukan anda dalam senario yang diberikan sehingga anda hanya perlu menunjukkan lalu menangkap moments indah dalam masa yang tepat! V11 tak akan biarkan anda terlepas.

Malah jika sebelum ini juga, anda memerlukan satu kamera profesional, namun kini peralihan kuantum dalam sains kamera membuatkan anda tidak lagi memerlukan kamera profesional yang canggih hanya untuk membolehkan anda menangkap dengan mudah dan jelas dalam lebih banyak cara dan dengan banyak lagi pilihan.

Kini jangan risau! kerana Vivo sangat bersesuaian untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang apabila anda dapat rasai dengan V11 sehingga anda mampu tarik nafas lega. Telefon pintar terkini menggabungkan alat kamera AI yang menyelesaikan cabaran yang sangat spesifik yang mungkin dihadapi oleh anda ketika mengambil gambar. Masalah seperti pencahayaan yang buruk, pendedahan tumpuan yang kurang baik namun kini, mudah diperbetulkan dengan hanya klik untuk mengambil gambar yang menarik serta merta dan realiti.

2. Anda kini dapat ubah lighting lebih mudah
Tambahan pula, anda juga seorang yang gemar swafoto, pasti anda tidak ingin menangkap gambar dengan cahaya yang merosakkan suasana bukan? Bayangkan, anda sedang berseronok sambil menikmati saat indah matahari terbenam dan ingin mengambil gambar anda ketika itu tapi tidak dapat menangkap wajah dengan jelas kerana pencahayaan yang kurang baik. Senario ini sangat mencabar untuk jurugambar yang lebih profesional daripada anda sekalipun!

vivo16 vivo17

Tapi boleh diselesaikan dengan telefon pintar bertenaga AI seperti Vivo V11 kerana dilengkapi ciri-ciri seperti AI Backlight HDR dan AI Low Light Mode yang membolehkan telefon menyesuaikan pencahayaan secara automatik mengikut tetapan dan subjek foto.

Bagaimanapun, AI algorithm adalah pemangkin utama yang memperkasakan ciri-ciri ini. Menarik lagi, AI Backlight mode boleh menangkap sehingga 6 frame pada jarak dinamik yang lebih luas sehingga 11ev malah dapat membetulkan pendedahan yang tidak sekata dan ia menggabungkan untuk menjadikan foto yang terdedah itu dengan sempurna. Tidak hanya itu, AI algorithm juga memastikan bahawa AI Low Light Mode sangat pantas menggabungkan frame yang berbeza menjadi satu supaya hasil diterima oleh anda akan lebih sempurna.

3. Jika anda sedang belajar tetapan fotografi yang rumit? Kini tidak lagi!
Bagi yang masih baru dalam pengambilan gambar, belajar cara dan alat kamera yang rumit boleh menjadikan satu proses belajar yang menakutkan! Tapi dengan kamera AI, ia tidak lagi diperlukan.

Anda jangan risau! pengiktirafan pemandangan AI (AI Scene Recognition) adalah ciri revolusi V11. Ia mudah mengesan dan menyesuaikan diri dengan 18 tags, jadi anda boleh mengambil gambar yang sempurna secara automatik dimana sahaja dan bila-bila masa. Bukan itu saja, kamera ini akan cepat dan tepat mengenali pasti adegan yang berbeza seperti waktu ‘malam’, ‘potret’, ‘makanan’ dan akan mengatur tetapan yang bersesuaian untuk hasilkan foto terbaik!

vivo18

Tidak hanya itu, bagi memeriksa senario foto yang berbeza, V11 juga dilengkapi dengan AI Potrait Framing yang secara automatik memberikan cadangan komposisi terbaik untuk membimbing anda bagi mengerakkan telefon ke posisi yang membolehkan gambar menjadi cantik. Pastinya! anda tidak perlukan orang lain untuk dapatkan gambar awesome!

Dengan bantuan ciri kamera AI Vivo V11, anda tidak lagi perlu bersusah payah membayar jurugambar hebat kerana anda sendiri kini boleh menjadi seorang profesional. Ciri-ciri begitu hebat ditawarkan Vivo V11 cukup menjadikan kamera menjadi lebih power yang boleh digunakan oleh anda!

Menarik lagi! kamera utama 12 MP hadir dengan 24 juta unit fotosensitif malah kamera sekunder 5MP pula akan memastikan keupayaan fotografi kamera ditingkatkan. Bukan itu sahaja, kamera depan 25 MP resolusi tinggi memastikan setiap selfie akan kelihatan jelas!

Kini apa yang diperlukan anda hanyalah telefon pintar AI dengan perkakasan kamera berkualiti tinggi untuk mengubah diri anda menjadi jurugambar peringkat lebih professional. Cepat dapatkan Vivo V11 dengan segera!

Foto Kredit: Victor Ng

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

scha

[FOTO] Mata Macam Barbie Doll, Scha Elinnea Buat Netizen Jatuh Hati Padanya!

sleep

Rahsia Tidur Lena Di Hotel