in

“Sebenarnya Ramai Golongan Isi Rumah Berpendapatan Lebih Daripada RM9,619 Tidak Tahu Mereka Tu Sebenarnya T20”

12b78032-9a04-4b09-9759-bc419af3f250-2387-000001f40d62e614

“Eh Din, takkanlah aku golongan T20??”

Sebenarnya ramai golongan T20 tak tau mereka tu sebenarnya T20

B40: Isi rumah berpendapatan bawah daripada RM4,360

M40: Isi rumah berpendapatan antara RM4,360 dan RM9,619

T20: Isi rumah berpendapatan lebih daripada RM9,619

Isi rumah. Bukan gaji.

Pendapatan isi rumah ni bermaksud jumlah keseluruhan pendapatan di bawah satu bumbung rumah. Jadi effectively kalau duduk di rumah sekali dengan parent, automatik pendapatan isi rumah akan masuk sekali pendapatan anak dan parent yang berkerja.

Bilangan isi rumah di Malaysia pada tahun kajian 2016 adalah sebanyak 6.9 juta. Berbanding 31.2 juta penduduk Malaysia.

Dan kalau nak tau pendapatan isi rumah ni bukan sekadar mengambil kira gaji kerja utama. Tetapi juga pendapatan sampingan, dan juga rumah yang kita miliki dan duduk Itupun akan diambil kira ‘imputed rent’. Bermaksud disebabkan kita tak perlu membayar sewa rumah, maka ‘nilai sewa’ yang tidak perlu dibayar tu akan diambil kira juga sebagai sebahagian daripada pendapatan isi rumah.

Ramai golongan T20 yang merasakan dirinya tak adalah selesa. Tidak ada simpanan yang banyak. Masih berkira-kira setiap bulan.

Macam mana dia boleh dikira T20 iaitu golongan yang selalu di ura-ura sebagai golongan kaya di Malaysia?

Tapi itulah realitinya. Korang suami isteri cikgu kerajaan? Automatik anda adalah T20. Yup.

Korang golongan professional di GLC? Korang membayar cukai? Automatik anda adalah top 15% terkaya di Malaysia dari segi gaji individu.

Tapi ramai yang rasa tak kaya dan tak selesa pun. Kenapa?

Sebab diorang T20 di Malaysia. Bukan T20 di tempat tinggal mereka.

Orang yang T20 di Malaysia kalau di KL boleh jadi jatuh ke M40 untuk KL. Yang M40 boleh jatuh pulak ke B40

Duduk di kampung pendapatan isi rumah RM4,000 dah cukup selesa. Duduk di KL pendapatan isi rumah RM4,000 dengan isteri dan anak, akan berkira-kira duit setiap bulan.

Jadi sebenarnya bila BR1M / BSH diberikan kepada golongan ‘B40’ secara pukul rata. Kesannya berbeza antara yang duduk di bandar dan luar bandar.

Ramai di luar bandar akan menjadi penerima. Tapi ramai yang di bandar walau hidup duit tak cukup, masih tak layak untuk menerima.

Sebab tu BNM tengah mewujudkan ‘the living wage’, untuk menunjukkan tahap gaji yang diperlukan untuk hidup ‘selesa’ di setiap negeri di Malaysia ni.

Barulah lepas ni polisi subsidi itu akan boleh bersasar dengan lebih tepat.

Dan kepada yang T20 tapi hidup di KL tu, cuba bayangkan pula mereka yang hidup di KL / Selangor tapi dengan gaji B40. Mereka lebih kesian sebenarnya.

Sebab tu kepada majikan, sekali lagi cubalah untuk memberikan gaji yang sebaiknya mencapai tahap ‘living wage’ bagi kawasan tu. Kurangkan gap gaji antara mereka yang dah terlebih duit, dan yang nak hidup setiap bulan pun susah.

Wallahualam

penulis asal : Izzudin Yussof

zara

“Terlepas Train Ke Aku…”- Zara Zya Dilamar? Tapi Komen ‘Lucu’ Jihan Muse Curi Perhatian Peminat

nabila

[VIDEO] “Suara Kelaut…”- Diminta Berhenti Menyanyi, Nabila Razali Dihentam Netizen