in

Telefon Pintar Terbaru Mampu Milik Dibawah RM 1000, Miliki Honor 8X Dengan Paparan Penuh & Nisbah Skrin Tinggi Yang Lebih Menakjubkan!

honor x8

Telefon Pintar Terbaru Mampu Milik Dibawah RM 1000, Miliki Honor 8X Dengan Paparan Penuh & Nisbah Skrin Tinggi Yang Lebih Menakjubkan!

Sebut sahaja nama HONOR Malaysia pastinya jenama telefon pintar ini tidak asing lagi bagi kalangan pengguna. Ini berita baik buat anda! Dalam dunia yang makin pesat berkembang, HONOR Malaysia baru-baru ini telah melancarkan satu lagi jenis telefon pintar. Bukan mahal tapi ia mampu milik dan harganya lebih berpatutan yang hanya dijual dengan harga dibawah RM 1000 sahaja!

honor x8

1) Paparan Skrin Penuh & Sebanyak 91%  Nisbah Skrin Pada Badan HONOR 8x

Tidak hanya menarik kerana harga, HONOR 8X juga memiliki kelebihan paparan penuh  dan nisbah skrin tinggi. Tentu saja rekaan pada bahagian hadapan terdapat takuk pada skrin dan nisbah skrin pada tubuh bagi HONOR 8X ini merupakan sebanyak 91% bagi menyampaikan pengalaman perdana dan tontonan yang sangat hebat dengan memiliki skrin 6.5 inci dan prestasi yang diberikan sangat extreme.

 

2) Rekaan Telefon Pintar Sangat Memukau

Pasti anda ingin memiliki atau sedang mencari hadiah yang menarik tapi berpatutan bukan? Ini dia specifikasi HONOR 8X yang bakal menjadi kegilaan anda. HONOR 8X merupakan telefon pintar yang terbaik dengan tawaran yang sangat hebat serta turut mempunyai satu reka bentuk yang sangat menarik. Reka bentuk badan gred selari dihasilkan dari 15 lapisan dan refracts phantom colors dan cahaya dari sudut berbeza untuk memberikan rupa dan rasa yang elegan dan lancar.

honor1 honor2 honor3 honor4

3) Tawaran Memori & Kegunaan Menarik!

Namun tidak hanya sekadar rupa dan kekecilan tetapi tetap sahaja telefon pintar HONOR 8X ini memiliki memori 4 GB RAM + Storan 128 GB memori iaitu kad mikro SD telefon pintar ini boleh diperkembangkan lagi kegunaanya hingga 400GB. Tambah pula, rekaan microSD berasingan ditawarkan ia membolehkan pengguna menggunakan dua sim dan MikroSD dalam masa yang sama.  Bagi fungsi Twin Function hebat pula membolehkan anda menggunakan 2 aplikasi FB, 2 aplikasi Instagram dan 2 aplikasi messenger dalam satu masa yang sama!

4) Teknologi Audio Histen 5.0-Sub Pasti Berpuas Hati

Jika dilihat pada bahagian bawah telefon pintar ini, ianya ada satu sambungan asas bagi  sebuah telefon pintar yang dikenali bicu audio 3.5mm dimana ia tetap mengekalkan sambungan mikroUSB  dan satu pembesar suara mono. Penghasilan bunyi yang telah ditawarkan menerusi telefon pintar Honor 8X ini juga amat memuaskan ketika didengar. Pastinya ia disebabkan oleh audio untuk telefon pintar ini direka dengan teknologi Histen 5.0 yang sekaligus dijamin buat semua pengguna pastinya akan dapat pengalaman yang terbaik dari segi kualiti audio. Dengan bantuan teknologi Histen 5.0, ia juga dapat memberi kepuasan kepada pendengaran kepada permua mahupun pengguna biasa samaada pengguna menggunakan fon telinga ataupun tidak.

honor5

5) Bukan Sekadar Rupa, Tapi Pakej Super Terbaik!

Honor 8X ini antara telefon pintar yang telah dicipta dengan memiliki spesifikasi kelas pertengahan dengan dijana dengan cip silicon Kirin 710 yang kuat. Cip ini dipertingkatkan oleh GPU Turbo bagi mengoptimumkan pengalaman permainan mudah alih untuk memenuhi keperluan dan merupakan paling dituntut oleh pemain.

HONOR 8X juga telah dipertingkatkan lagi dengan mempunyai bateri berkapasiti besar 3750 mAh. Pastinya memenuhi keperluan pengguna dalam kehidupan seharian! Dan jika anda kaki game? bateri HONOR 8X ini boleh bertahan lebih lama untuk anda.

Ciri-ciri ditawarkan oleh HONOR 8X ini sangat dinantikan oleh pelbagai generasi yang menjadi pengguna telefon pintar dan ia kini diintegrasikan menerusi pakej yang terbaik.

GadgetMatch-20181004-Honor-8X-18

 

8) Tentunya! Sokongan kamera Sangat Jelas

Apabila ingin menjadi pengguna telefon pintar HONOR 8X, pastinya antara menjadi adalah dengan hasil sokongan kamera HONOR 8X yang telah dilengkapi sokongan dwi kamera utama yang telah mengabungkan sensor 20MP  dan 2MP dan bagi kamera swafoto sebesar 16MP. Pastinya kualiti gambar diambil anda hanya menggunakan telefon pintar mampu milik ini akan kelihatan terbaik dengan disokong pula teknologi Al yang boleh mendapat pengecaman sehingga 22 objek berlainan dalam satu gambar yang sama. Jika anda kaki keluar malam, telefon ini telah disertakan bantuan mendapatkan gambar dengan menggunakan mod malam untuk gambar cantik meskipun suasana gelap.

honor7 honor8 honot9

Apapun, harga ditawarkan bagi telefon pintar HONOR 8X ini bukan sembarangan harga tapi sangat gila kerana ia boleh jadi milik anda sebagai pekerja, pelajar atau penjimat dan anda hanya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM 949! Hanya untuk menjadi salah seorang pengguna telefon pintar yang hebat ini.

Ops, tunggu dulu! Bagi pelancaran edisi HONOR 8X berwarna ‘merah’ jangan lupa ia akan bermula pada 7 November. Wau! ia boleh didapati di Hihonor, Shopee, Lazada, 11street manakala HONOR 8X edisi ‘merah’ akan terdapat di kedai terpilih bermula 10 November 2018.

Siapa berminat digesa bertindak dengan pantas! Kerana ada unit terhad 500 HONOR 8X edisi merah yang dijual secara dalam talian! Berita baik lagi, dengan setiap pembelian HONOR 8X merah! Anda akan diberi HONOR Band 3 di (Hihonor.com) Grab it fast semasa stok terakhir sahaja!

Terbaik bukan? Jadi rebutlah peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Honor dan menikmati segala ciri-ciri awesome Honor 8X pada harga yang AMAT-AMAT berbaloi.

Johnson_Honor 8x_Lifestyle Photo_Powder_Red_20180904 Johnson_Honor 8x_Lifestyle Photo_Laser_Red_20180904

 

Layari           : Laman Rasmi Hi Honor

Beli                : Honor Dari Laman Shopee

Sumber: Honor Malaysia

What do you think?

1 point
Upvote Downvote
zizan

[VIDEO] “Kahkah Pedih”- Johan Bahan Zizan Isu ‘Bola’ Sampai Netizen Sumpah Lawak

mira

[FOTO] “Tak Penat Ke Jadi Lawa?”- Digelar Bidadari, Mira Filzah Jadi Tumpuan