Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
9SKfhJMyh5LLjUEfGAmzwW-1200-80

6 Sebab Telefon Pintar Huawei Nova 3i Perlu Dijadikan Peneman Sewaktu Bercuti

Ain Mahthir by Ain Mahthir
4 years ago
in Deals
Reading Time: 3 mins read

Jika dahulu anda perlu membawa pelbagai gajet sewaktu bercuti, ditambah juga pelbagai jenis pengecas, sememangnya memakan ruang bagasi dan membebankan. Tapi untuk mendapatkan rakaman momen-momen indah, anda sanggup. Kini anda tidak perlu lagi kesemuanya. Dengan satu telefon pintar sahaja anda dapat ‘kawtim’ semua itu.

Huawei Nova 3i memperkenalkan harga terbaru mereka yang sudah semestinya lebih murah. Ini antara sebab mengapa anda perlu dapatkan telefon pintar kelas pertengahan ini:

Kamera hadapan yang gempak!

Bila bercuti pastinya anda mahu merakamkan gambar anda bersama pemandangan indah. Ada kalanya jika meminta tolong orang lain ambilkan gambar, hmmmm…sukar rasanya mahu puaskan hati anda. Lebih-lebih lagi jika gambar yang diambil sambal lewa sahaja. Sedih! Jadi guna saja Huawei Nova 3i yang memiliki dwi-kamera hadapan 24-megapixel dan 2-megapixel serta turut dilengkapi sokongan kecerdasan buatan untuk rakaman gambar yang cantik.

Lebih menarik, dwi-kamera hadapannya juga boleh menentukan suasana ketika gambar swafoto diambil dengan menyesuaikan ciri wajah dan persekitaran yang ditetapkan mengikut pencahayaan dan mod berbeza untuk mendapatkan swafoto yang sempurna.

huawei_nova_3i_geek_lifestyle_review_image3

Kamera belakang pun tidak kurang hebatnya!

Dilengkapi dengan kamera belakang 16-megapixel dan 2- megapixel, ia boleh mengenalpasti 22 kategori dengan 500 lebih pemandangan seperti langit biru, pentas persembahan, tumbuhan, bunga api, makanan dan lain-lain lagi. Sudah semestinya Huawei mengambil kira pengalaman dan hasil gambar yang cantik dan memuaskan!

huawei_nova_3i_geek_lifestyle_review_image4

Avatar Emoji 3D yang comel dan rakaman video gerak perlahan.

Anda boleh merakamkan gambar dan video dengan menggunakan fungsi Emoji 3D yang juga mampu mengubah suara anda. Selain itu ia turut mampu mengikut mimik muka dan juga pergerakan untuk memberikan pengalaman bermesej yang lebih seronok. Anda juga boleh menghasilkan video gerak perlahan yang terperinci serta sjelas melalui rakaman Slow Mo pada format 480fps. Wow menariknya!

Spesifikasi dalaman menarik.

huawei-nova-3i-ph-9 huawei-nova-3i-ui_8
Dilengkapi dengan cip Kirin 710 dengan kelajuan 2.2Hz, di bawah 4GB RAM dan 128GB ROM cukup memadai untuk penggunaan seharian. Proses keluar masuk aplikasi tiada gangguan dan lancar. Bagi sistem nyahkunci, anda boleh menggunakan pengimbas cap jari atau pengesanan wajah.

Teknologi buat kaki gamer.

Bermain game di telefon pintar memang susah untuk ditinggalkan walaupun waktu bercuti. Sehari curi masa sejam untuk bermain apa salahnyakan? Yang penting Huawei Nova 3i mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 3,750mAh. Semestinya si kaki gamer juga akan teruja dengan Huawei Nova 3i kerana ia dilengkapi dengan teknologi GPU Turbo. Ia bukan sahaja mampu mempertingkatkan prestasi peranti dengan kelajuan yang unggul, bahkan pengalaman bermain permainan seperti Mobile Legends atau PUBG Mobile lebih lancar serta mempunyai grafik yang menonjol.

huawei_nova_3i_geek_lifestyle_review_image11

Ciri luaran yang unik.

Buat anda yang pentingkan gaya, semestinya pilihan warna dua tona iaitu Putih Mutiara, Hitam dan Ungu Iris yang terhasil daripada beberapa lapisan gelas dipanel belakang telefon pintar ini bakal menarik perhatian anda. Malah saiz skrin 6.3” IPS LCD FHD+ bertakuk pada bahagian atasnya memberikan pengalaman memuaskan ketika menonton skrin lebih luas berbanding telefon pintar lain.

Wah, pastinya Huawei Nova 3i bakal menjadi peneman setia dalam percutian anda kali ini! Manakan tidak, gambar momen indah kala kembara anda akan terhasil dengan menarik dan cantik sekali! Cukup indah untuk dikenang suatu hari nanti. Dapatkan Huawei Nova 3i anda sekarang dengan harga RM1,099 di Huawei Online Store.

Trending

Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

4 days ago
mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

21 hours ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

3 days ago
Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

4 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia