in

CuteCute

“Banyak kali, doktor. Sampai nak terjulur usus!”

Doktor Kongsi Cara Memilih Premis Makanan Dengan Bijak

foto businessinsider
Foto: businessinsider

Pernah atau tidak anda mengalami situasi berulang-alik sakit perut cirit-birit selepas menjamah di kedai makan? Keperitannya hanya tuan badan saja tahu. Ada sesetengah orang sampai tidak boleh berbuat apa-apa sehinggakan bila dibawa ke hospital perlu ditahan di wad untuk rawatan.

Jadi inilah pentingnya berhati-hati memilih tempat makan yang menjaga kebersihannya. Bukan sekadar menilai melalui kedai makan yang terkenal dengan kesedapannya.

Melalui perkongsian Doktor Kamarul Ariffin di laman sosial, seorang pesakit yang datang bertemu dengannya menggambarkan keperitan gejala keracunan makanan yang dialami. “Banyak kali, doktor. Sampai nak terjulur usus”. Begitu ngeri bayangan yang diberikan pesakit ini.

Dari situ doktor ini kongsi enam cara untuk mengetahui kebersihan sesuatu kedai makan itu:

1. Kebersihan meja makan. Ini antara cara yang paling mudah untuk anda perhatikan kebersihan sesebuah kedai makan itu. Jika melekit-lekit dengan sisa tumpahan makanan kerana tidak di bersihkan dengan begitu juga meja penyedian makanan di dapur.

2. Penampilan pengendali makanan. Perhatikan pengendali makanan iaitu tukang masak, pengambil pesanan (waiter) serta pekerja lain. Adakah mereka memakai apron, penutup kepala dan sarung tangan ketika mengendalikan makanan? Dari situ boleh jika kedai makan yang kita pilih itu amalkan kebersihan atau tidak.

big-and-small-restaurant-kitchens
Foto: foodnewsfeed

3. Tandas. Sebelum buat pesanan apa kata anda tinjau dulu keadaan tandas kedai makan tersebut. Ini kerana kebiasaanya tandas terletak di belakang, berhampiran dengan bahagian dapur. Bolehlah anda intai-intai keadaan dapur mereka.

4. Penggredan premis makanan. Kebiasaannya anda boleh perhatikan gred kebersihan kepada premis makanan di dinding kedai makan atau restoran. Penggredan ini di pantau dan diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan tahap kebersihan iaitu gred A (amat baik), B (baik) dan C (memuaskan).

5. Logo BeSS. Bagi mendapatkan pengiktirafan ini, peserta perlu pergi kursus, dipantau dan jika melepasi piawaian barulah diberikan sijil BeSS. Logo ini diiktiraf oleh KKM yang merangkumi 3 aspek iaitu bersih, selamat dan sihat.

bess-logo2

6. Ulasan pelanggan. Baca ulasan pelanggan di laman sosial milik restoran mahupun di laman-laman web. Ini bukan untuk menjatuhkan perniagaan sesuatu gerai atau restoran. Tapi kita sebagai pelanggan berhak untuk memilih tempat makan yang menyediakan makanan yang mementingkan kebersihan. Pilihan di tangan kita.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi jangan lupa semak senarai di atas setiap kali anda kunjungi premis perniagaan makanan ya.

nora

[FOTO] Meriah! Majlis Hari Jadi Anak Tiri Nora Danish, Tema PUBG Jadi Tumpuan!

81138091-86C7-4671-A107-8976666C676B

Tiada lagi kandungan lucah di Tumblr bermula 17 Disember