in

WTFWTF

Budak 3 Tahun Pesakit Kanser Payudara Termuda Di Dunia

Breast-Cancer-Facts-1

Siapa sangka kanak-kanak masih kecil baru saja berusia tiga tahun sudah disahkan memiliki kanser payudara. Di saat anak-anak seusianya masih tidak mengerti tentang dunia luar, namun berbeza bagi Yanyan yang berasal dari wilayah Shandong di timur China. Dia adalah rakyat termuda yang diketahui menghidap penyakit kanser payudara karsinoma.

Menurut laporan akhbar Cina Modern Express, ibu Yanyan melihat terdapat jisim lembut di dada kiri dan lelehan cecair merah pada bajunya. Ibunya kemudian membawa anak kecil itu ke hospital dan diberitahu oleh doktor bahawa tanda-tanda itu mungkin disebabkan oleh akil baligh.

SickKids-Intermediate-Care-Ward-7C-Pink-Room
Gambar hiasan

Bimbang dengan keadaan Yanyan, dia kemudian membawanya ke hospital lain untuk pemeriksaan. Di sana doktor mengesahkan Yanyan menghidap kanser payudara. Kata doktornya, Tang Jinhai, pasukan perubatan menjalankan satu pelan pembedahan yang boleh memelihara sebahagian besar tisu payudara yang sihat.

Prosedur pembedahan ini amat sukar kerana tisu payudara yang kecil bagi budak berusia tiga tahun. Walaubagaimanapun pembedahan tersebut berjalan lancar dan tumor dapat dikeluarkan dalam masa sejam.

Melalui satu posting di alam rasmi Weibo milik Hospital Rakyat Jiangsu pada Selasa lalu, mereka mengesahkan bahawa seorang budak tiga tahun telah sembuh dari kanser payudara.

Sebelum ini laporan oleh Journal of the American Medical Association dan Journal of Pediatric Surgery terdapat dua penghidap payudara berumur tiga tahun di Amerika Syarikat.

Hands-holding-Pink-Ribbons-toning-background-Breast-cancer-awar-1

Kanser payudara karsinoma adalah sejenis kanser yang jarang berlaku. Ia merebak secara perlahan dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang kebanyakannya adalah wanita. Kanser payudara adalah sejenis kanser yang paling umum dalam kalangan wanita di China dengan kira-kira 280,000 kes baru dilaporkan setiap tahun.

Sumber: Mstar

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

wawa z

[FOTO] Jarang Dikecam, Gaya Wawa Zainal Ini Buat Netizen Annoying!

za

Alamak! Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Dikatakan Tidak Sepadan Gara-Gara..