Pelakon, Datin Elvina Mohamad kini telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki seberat 2.9 kilogram di sebuah pusat perubatan. Berita gembira ini telah dikongsi suami Datin Elvina menerusi Instagram, Datuk Haniff Borhan.
BACA: [VIDEO] “Haha Perempuan Semua Takde..”- Lizzy Dibahan Netizen Bila Tengok Bola Sepak Macam..
“Salam semua..Alhamdulillah Allahuakabar. Dengan penuh rasa kesyukuran kerana Allah memberi rezeki termahal dalam hidup saya dan isteri iaitu kelahiran Putera kami yang selamat dilahirkan dalam keadaan normal pada 1 December 2018 pada pukul 12.30 tengah hari dan berat 2.9kg. Terima kasih atas doa kalian dan semoga anakanda kami menjadi manusia dalam golongan yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Amin..”
Bagaimanapun, pasangan ini tidak lagi mendedahkan wajah anak mereka namun menerusi Instagram hanya sekadar menggunakan hashtag ‘Baby KM’ sahaja. Pelakon Elvina telah berkahwin dengan jejaka pilihannya itu pada Mac lalu.
Sumber: Instagram Haniff Borhan