in

‘Gila’ Nak Cantik, Bayi Dilahirkan Cacat

main acnotin cacat

Masalah jerawat memang boleh buatkan diri rimas dan kurangnya keyakinan diri. Siapa sahaja yang tidak mahukan kulit licin, bersih dan sihat bukan? Sudah cuba pelbagai kaedah namun kurang berkesan?

Bila dengar saja ada produk yang boleh bantu selesaikan masalah ini pasti anda cuba. Tidak pula cakna akan kesan sampingannya. Lebih-lebih lagi jika pengambilan ubat jerawat jenis pil tanpa nasihat doktor atau pakar.

Tak takut kesan sampingan lain ke? Lebih teruk jika wanita, pengambilannya boleh pula memberi kesan pada bayi anda.

Peliknya, ubat jerawat ini boleh didapati melalui dalam talian dan dijual serta diiklankan secara berleluasa di dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Pada Julai lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah pun mengumumkan tentang penubuhan pasukan khas bagi memantau kegiatan ini.

Antara yang menjual produk terlarang ini secara dalam talian

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia pula, seorang bayi baru dilahirkan dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut mengenai kecacatan telinga. Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati ibu tersebut menggunakan produk Isotretinion selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil.

Kisah ini sememangnya cukup tragis sehingga tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan ibu tersebut apabila bayi yang dikandungkan selama 9 bulan lamanya, dilahirkan dalam keadaan begini. Bukan kerana takdir, tapi kesilapan ibunya sendiri.

48056408_2227558587534001_7615506233088278528_n

Selain itu, KKM turut mengeluarkan kenyataan media melalui laman web rasmi mereka berkenaan larangan penjualan produk Acnotin secara dalam talian.

“Mana-mana penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Sehingga kini, sebanyak 50 laman web dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia.

Jadi elakkan dari pengambilan ubat yang dibeli secara talian. Jumpa doktor atau pakar jika anda alami masalah. Semak status produk anda di www.npra.gov.my atau hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

Sumber: Public Health Malaysia / Kementerian Kesihatan Malaysia

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
black

Foto Bersama ‘BLACKPINK’ Buat Netizen Terkejut, Fazura Cantik Setanding Mereka Jadi Tumpuan!

zizan

Hanya Zahirah MacWilson Komen ‘No!’ Di IG, Zizan Razak Dikatakan Kena ‘Friendzone’?