in

Tonton Haqiem Rusli Di Bintang Minggu Ini Bersama Vivo

BDC02DEC-EDE6-4E6E-AA90-6F2737B8FAD1

Zaman sekarang ini, bakat mengatasi segalanya. Setiap apa yang dilakukan menjadi perhatian netizen. Macam semua benda yang dibuat ada saja yang tidak kena.

Terbaru, penyanyi Haqiem Rusli meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap netizen yang gemar mencari keburukan dan kesalahan orang lain. Jika dilihat berita tentang dirinya di akhbar mahu pun portal tempatan lebih banyak isu-isu berkaitan peribadi berbanding kerjayanya.

Menerusi luahan yang dibuat figura ini di laman Instagram miliknya, dia bersyukur masih ada lagi yang menghargai bakat yang ingin dikongsi dalam bidang muzik. Walaupun kecaman diterimanya bagaikan ‘serangan’ yang tidak akan reda.

Menurut penyanyi Tergantung Sepi itu, lebih baik dibersihkan hati dan ambil positif dalam setiap apa yang berlaku. Semua yang berlaku ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menghasilkan karya kreatif dan berkualiti.

Berikut adalah luahan penyanyi muda ini:

“Thank you kerana menghargai karya muzik. Bagi haters yang kecam itu, korang kecam macam mana pun mereka tetap support BBNU. Nak buat camno? HAHAHAHA OPSSS! Korang tak boleh buat apa-apa. Support je lah ok. Kita positive dan bersihkan hati,”

BDC02DEC-EDE6-4E6E-AA90-6F2737B8FAD1

9AD4B2F6-42E5-4E47-8F2D-9D0BB066CB19

Nasihat kami, Haqiem Rusli fokus sahajalah dengan kerjaya anda kini. Abaikan saja kata-kata kecaman netizen.

Dalam perkembangan lain, Haqiem bakal berkongsi pentas bersama Sufian Suhaimi menerusi program Bintang Minggu ini. Program hiburan santai yang dibawakan oleh Vivo ini turut menampilkan pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Musa selaku pengacara. Bintang Minggu Ini bersiaran setiap Ahad pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

82CCDF58-CAF3-4886-AF66-48ACC2B10E1F

F9039323-E10C-4BFE-A3AC-481A12510C63

Sementara itu, Vivo kini hadir dengan Vivo V11i yang dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB. Dengan harga RM1099, ia juga turut dilengkapi skrin 6.3 inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air.

vivo 1

Bagi spesifikasi kamera utama peranti, Vivo V11i menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapiksel +5-megapiksel sekaligus dapat menghasilkan gambar bokeh (latar belakang kabur) yang baik. Kamera hadapan peranti ini pula hadir dengan 25-megapiksel yang amat sesuai untuk pengambilan swafoto yang jelas. Dilengkapi bateri sebesar 3315mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang peranti.

3

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

aidil zafuan

“Gigih Laa Cuba Nak Lagakan Kami.. Anak2 Kami Jadi Mangsa..Keji Dan Jijik…”- Rita Rudaini Mengamuk?

pu

Video Lebih 400K Tontonan! ‘Instafamous’ Ditegur PU Amin Sebab Soalan Lucah Jadi Bahan Gelak!