in

Harga KFC Naik Tak Ada Hal, Cuba Resipi Ayam Goreng Pedas Best Ini!

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Tular sejak semalam dikatakan restoran ayam goreng segera kegemaran ramai, KFC menaikkan harganya dalam diam. Ramai yang terkejut kerana bukan sepuluh sen dua, malah mencecah RM3 satu set.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Selepas ketularan di laman sosial semalam, hari ini KFC tampil membuat kenyataan bahawa senarai harganya itu sudah dimasukkan SST sebanyak enam peratus dan terdapat sedikit penyelarasan terhadap harga-harganya itu.

Apa-apa pun, sekarang pada zaman harga barang semuanya mahal ini mungkin anda boleh cuba masak sendiri sahaja di rumah. Ayam goreng pedas seperti yang dikongsikan oleh satu laman Twitter, Food Viral Malaysia.

Giphy.com
Giphy.com

Katanya, kalau nak jimat buat ayam goreng pedas yang best hanya perlukan ayam dan Tepung Goreng Ayam Bestari Pedas sahaja. Caranya pun mudah. Bancuh tepung dengan air, perap ayam dalam bancuhan tepung tadi selama 30 minit. Kemudian goreng dengan api sederhana. Dah siap!

Nak lagi padu, ada yang mencadangkan selepas diperap dan sebelum digoreng, salutkan sekali lagi dengan tepung kering untuk tambahkan kerangupannya.

Tinjauan di laman Twitter juga ramai nampaknya yang bersetuju goreng ayam menggunakan Tepung Bestari ini lebih puas dan jimat!

tepung bestari tweet 2

tepung bestari tweet 3

tepung bestari tweet 4

Siap ada bahan tambahan lain lagi.

tepung bestari tweet 1

Telefon Pintar Harga Bajet! Wajib Jadi Milik Anda Tapi Apa Yang 'Best' Pasal HONOR 10 LITE?

Jika anda tercari-cari telefon, pastinya yang sangat diinginkan anda dalam satu telefon pintar yang mana dalamnya memiliki kecanggihan yang luar biasa bukan? Yang difikirkan, harga ribuan ringgit saja dapat penuhi keinginan anda namun anda salah kerana dengan hanya telefon pintar HONOR 10 LITE, anda akan rasai satu kecanggihan yang luar biasa dengan harga yang sangat murah!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
adira

“Bertiga Lebih Baik..”- Gara-Gara Status Adira, Ramai Komen ‘Stay Strong’ Buatnya..

main suara unik 2

“Halkum Dia Tenggelam Timbul Ke Macam Mana Ni?” – Ramai Yang Teruja Keunikan Suara ‘Duo’ Lelaki Ini