in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Jadi Kaki Game Bijak! Miliki Huawei Nova 3 Dengan Pelbagai Fungsi Yang Mengejutkan

GadgetMatch-Huawei-P20-Lite-17

Bagi seorang kaki game, pastinya anda tercari-cari telefon pintar yang mampu memenuhi keperluan syarat  untuk melancarkan setiap permainan game yang lebih hebat dan berfungsi dengan baik bukan?

Seringkali ramai beranggapan telefon pintar beribuan ringgit sahaja yang mampu memberikan yang terbaik apabila mempunyai kecanggihan yang tidak dinafikan namun anda salah!

Tahukah anda? Huawei Nova 3 juga mempunyai kecanggihan yang luar biasa untuk menjadikan anda seolah-olah bermain game seperti seorang yang sudah cukup pro.

Tidak hanya itu, anda juga dapat memiliki pelbagai fungsi hebat dari pebagai segi yang akan mengejutkan anda dengan hanya telefon pintar Huawei Nova 3 ini sahaja. Ini fungsi hebat Huawei Nova 3 buat anda.

Dihadiri Dengan Skrin Luas

Huawei-Nova-3-flower (1)

Sebagai seorang kaki game, Huawei Nova 3 sangat sesuai dimiliki anda kerana dilengkapi dengan paparan skrin penuh 6.3 inci yang mampu memuaskan anda dan memberi pengalaman menonton dengan skrin lebih luas yang berbeza dengan telefon pintar lain.

Bukan itu saja, rekaan pada bahagian belakang pula hadir dengan kekemasan yang licin dan berkilat yang mana mampu memberikan keselesaan kepada pemegang.

Ketahanan Bateri Berjam-jam

Huawei-Nova-3-back-view

Jika skrin yang luas sudah pasti mampu menghasilkan pemandangan game yang memuaskan khususnya permainan yang memerlukan skrin besar dan lebar dan pastinya anda juga memerlukan ketahanan bateri yang cukup power bukan?

Dengan telefon pintar Huawei Nova 3 ini juga, anda dapat bermain sepuasnya apabila ia hadir dengan bateri sebanyak 3750mAh yang mempunyai ketahanan yang cukup lama disamping penambahan dengan peruntukan sumber AI.

Dilengkapi GPU Turbo

Huawei-Nova-3-PUBG-Game

Prestasi utama Huawei Nova 3 juga telah dibina untuk memacu keupayaan AI dengan pemproses Kirin 970 yang mana dapat meningkatkan kelajuan malah memberi pengalaman utama buat anda.

Huawei Nova 3 merupakan telefon pintar yang mempunyai GPU Turbo yang mana boleh dikatakan satu teknologi yang cukup dinantikan oleh kaki game.

Tidak hanya mampu mempertingkatkan prestasi peranti dengan kelajuan dengan power tapi pemainan seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends turut hadir dengan pengalaman yang lebih lancar dan dilengkapi dengan grafik yang terbaik.

Ruang Storan Sebesar 128GB

Huawei-Nova-3-EMUI

Bila sudah dilengkapi dengan ciri-ciri yang cukup hebat, pasti seorang kaki game memerlukan satu telefon pintar yang mempunyai storan yang besar bagi membolehkan anda menyimpan lebih banyak aplikasi yang anda inginkan bukan?

Jangan khuatir, Huawei Nova 3 hadir dengan storan sebesar 128 GB dan memori dengan 6GB RAM yang membuatkan anda tidak perlu runsing untuk simpan dengan banyak malah untuk memadamnya sekali pun.

Dihadiri Dengan Kamera Luar Biasa

Huawei-Nova-3-back-camera1

Tidak hanya itu, telefon pintar Huawei Nova 3 juga menawarkan dwi gabungan pada kamera hadapan 24MP + 2MP dan kamera dwi di belakang 24MP + 16 MP yang mana dapat menghasilkan gambar yang menarik dari sudut berbeza serta terdapat aturan cahaya, HDR Pro yang berfungsi kepada kamera depan.

Jangan biarkan cahaya terang menonjolkan kreativiti anda tapi dengan HDR Pro ia dapat mengawal yang mana memastikan foto yang tepat dan seimbang walaupun dalam cahaya matahari langsung.

Selain itu, Huawei Nova 3 hadir dengan karakter emoji  yang sangat comel iaitu 3D Qmoji yang dapat digunakan mengikut ungkapan wajah anda, pergerakan dan suara untuk anda lebih rasa seronok!

AI Selfie Superstar

Huawei-Nova-3-selfie-camera

Lagi satu! Huawei Nova 3 dapat meningkatkan selfie game anda dengan teknologi AI kamera hadapan iaitu 24 Mp + 2MP. AI didorong untuk membuat pengecaman gambar sehingga 8 scenario yang lebih professional.

Turut hadir dengan AI Master iaitu kamera dwi belakang 24 MP + 16 MP. Huawei Nova 3 kini bersedia untuk mengenali objek berbeza sehingga 22 situasi pengecaman yang cantik dan jelas!

Menarik lagi, anda juga dapat membuka telefon pintar ini dengan menggunakan Face Huawei yang cepat dan selamat buat anda.

Huawei Nova 3 ditawarkan dalam 4 warna iaitu merah, hitam, iris purple dan primrose gold. Ayuh segera dapatkan kerana sekaligus menjadikan anda lebih bijak!

What do you think?

-12 points
Upvote Downvote
fatin

[FOTO] “Pakai Ilmu Ape Still Kurus..”- Wow! Fatin Afeefa Dedah Tips ‘Kurus’ Buat Netizen!

mira1

Che Ta Sangka Foto ‘Frozen’ Tapi Rupa-Rupanya Mira Filzah Buat Ramai Terpegun!