in

Jangan Pakai Kata Laluan Ini Untuk Elak Kena Godam

446752-tips-for-safe-password-sharing

Selepas berita mengenai pengguna akaun CIMB yang mendakwa ‘duit’ dari akaunnnya hilang, kemudian pihak bank itu tampil memberikan penjelasan untuk pengguna menukar katalaluan kepada yang lebih selamat.

BACA: Kecoh Wang ‘Hilang’ Tanpa Transaksi Dari Akaun? CIMB Nasihatkan Pengguna Tukar Kata Laluan

Baru-baru ini Firma Keselamatan Siber (CyberSecurity) mendedahkan password atau katalaluan yang paling mudah digodam pada tahun 2018.

Walaupun sudah diberi amaran untuk menukar katalaluan yang lebih kukuh, namun jutaan dari pengguna masih menggunakan katalaluan yang lemah dan mudah diteka untuk melindungi alat peranti mereka.

Laporan dari CyberSecurity, berdasarkan 5 juta akaun yang telah digodam, 10% daripada mereka menggunakan sekurang-kurangnya satu dari 25 katalaluan paling teruk tahun lalu.

Setiap tahun firma mereka menyediakan perkhidmatan perlindungan identiti, menilai berjuta-juta katalaluan yang bocor untuk menentukan yang paling mudah digodam.

Berikut adalah 25 senarai katalaluan yang mudah digodam pada 2018:

1. 123456

2. password

3. 123456789

5. 12345

6. 111111

7. 1234567

8. sunshine

9. qwerty

10. iloveyou

11. princess

12. admin

13. welcome

14. 666666

15. abc123

16. football

17. 123123

18. monkey

19. 654321

20. [email protected]#$%^&*

21. charlie

22. aa123456

23. donald

24. password1

25. qwerty123

Selain dari senarai berikut firma ini turut mendedahkan pengguna yang menggunakan katalaluan dari hobi, nama selebriti, nama pertama pengguna turut mudah digodam.

Malah penggodam hebat untuk meneka dari nama selebriti ataupun sukan. Ini kerana mereka tahu ada ramai pengguna menggunakan katalaluan yang mudah diingat.

Jadi buat anda semua diharap daripada janganlah menggunakan katalaluan seperti di atas untuk menggelakkan dari digodam. Kalau ada yang menggunakannya, silalah tukar sekarang. Malah tidak berbau tau!

Sumber: Dailymail

kila

[FOTO] Kali Pertama Bekerjasama, Izara Aishah & Kilafairy Dikatakan Seperti Selena Gomez Dan..

Gambar sekadar hiasan

Pemain ‘Mobile Legend’ Dicari Berpeluang Wakili Malaysia