in

Jauhi Makanan Ini Ketika Selesema

Screw-the-Flu-3-Belly-Blog-Talia-Zenlea

Bulan Disember sinonim dengan musim hujan di Malaysia. Kadang-kadang tidak menentu juga. Tengahari panas terik, menjelang petang hujan selebat-lebatnya. Jika tidak menjaga kesihatan dengan baik, anda mungkin boleh dijangkiti selesema.

Selesema boleh membuatkan anda rasa tidak selesa yang teruk. Malah ada yang boleh buatkan sakit kepala, hidung tersumbat atau hingus meleleh sepanjang hari. Pemakanan yang sesuai juga penting untuk mempercepatkan kesembuhan selesema. Oleh itu elakkan dari makan makanan berikut.

Makanan Manis

Makanan manis dan tinggi gula boleh menyebabkan selesema semakin teruk. Ini kerana ia boleh menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan. Keadaan ini membuatkan persekitaran menjadi lembap dan suam yang sememangnya menjadi kegemaran virus.

Donuts

Karbo Ringkas

Berniat untuk makan roti bakar disapu mentega, atau sepinggan pasta kala selesema? Fikirkan kembali. Kelompok makanan karbo ringkas seperti mi, roti dan biskut akan mudah diproses menjadi gula di dalam darah. Bukan saja tidak bagus buat pesakit diebetis malah ia juga memberikan keradangan sama seperti anda makan makanan bergula.

RotiPanggangKaya

Suplemen

Ramai yang berfikir dengan suplemen dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit atau memendekkan tempoh tanda-tanda penyakit. Namun tidak banyak bukti yang menyokong pendapat ini termasuk sakit selesema. Melainkan jika doktor anda menyarankannya. Namun adalah lebih baik jika anda mengambil buah-buahan segar yang mengandungi Vitamin C seperti Kiwi, Strawberi atau pun Mangga.

vitamin-c

Makanan Berminyak

Tidak mengejutkan jika makanan berminyak seperti kentang goreng, ayam goreng atau sambal termasuk dalam senarai ini. Ini kerana makanan ini mengandungi banyak lemak trans yang boleh menyebabkan keradangan pada sistem imunisasi tubuh. Makanan berminyak juga sukar untuk dihadam yang boleh menyebabkan anda rasa mual.

Beer-Cheeseburger

Sumber: Foodprevent.com

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

mira filzah

Raih Lebih 100 Ribu Likes! Foto Mira Filzah Dukung Baby Jadi Kegilaan Peminat

wawa z

[FOTO] Jarang Dikecam, Gaya Wawa Zainal Ini Buat Netizen Annoying!