in

LOLLOL OMGOMG

Kecoh Tentang Status Perkahwinan Alyah & Tok Ram, Kini Mereka Masih…

tok ram

Terdahulu, penyanyi Alyah terhimpit dengan kontroversi mengenai masalah rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak bersama suaminya, Datuk Ramli MS apatah lagi kecoh mengenai komen di Instagram sehingga membabitkan netizen.

BACA: [FOTO] Gara-Gara Dilihat Makin Bahagia, Netizen Ingin Izreen & Intan Berbaik Macam Abby & Memey!

Terbaru, menurut sumber, segalanya yang berlaku ada sebabnya malah Alyah juga akui bahawa kejadian itu merupakan hari terburuk buatnya tahun ini.

44274856_320402825420832_7442448228295967974_n

“Sejujurnya, kami memang ada isu sedikit dan komen itu asalnya hanya bergurau tetapi bila ada satu komen balas daripada seorang wanita tidak dikenali membuatkan ia jadi berpanjangan dan saya hilang sabar.”

“Dia yang tidak tahu apa-apa tetapi sibuk nak komen dalam tu. Dia nasihatkan kita, bila kita nasihat dia, dia bising pula. Dia masuk ruangan kita kemudian lemparkan kata-kata hinaan. Saya balas komen dia empat kali sahaja tapi dia terus memanjangkan komen dan berterusan tag nama saya disitu,” ujarnya kepada mStar Online.

Bagi Alyah, dia boleh saja untuk menyaman individu terbabit namun timbul belas kasihan kerana statusnya ibu tunggal seorang anak.

Bagaimanapun, Alyah menegaskan dia dan suaminya yang mesra dipanggil Tok Ram masih bersama namun tidak ingin bercerita lebih lanjut.

 

Sumber: mStar Online

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

faq-international-travel-empty-wallet-feature-facebook

5 Habit Membazir Yang anda Lakukan Tanpa Disedari

nora

[FOTO] Meriah! Majlis Hari Jadi Anak Tiri Nora Danish, Tema PUBG Jadi Tumpuan!