in

Nasi Dagang Terbaik di Petaling Jaya

main

Menu makanan ini cukup terkenal di Pantai Timur. Sesuai dijamah tidak kira untuk sarapan, makan tengahari ataupun makan malam. Rasa Nasi Nagang yang seakan pulut dan digandingkan pula dengan Gulai Ikan Tongkol yang manis berlemak cukup mengasyikkan. Ini senarai lokasi kedai makan yang ada menjual Nasi Dagang terbaik di Petaling Jaya.

Capital Nasi Dagang Kelantan
29, Jalan SS 21/1a,
Damansara Utama,
Petaling Jaya,
Selangor

Cawangan kedua restoran yang asalnya dibuka di Kota Bharu, Kelantan ini dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi. Hidangan Nasi Dagangnya disediakan beberapa jenis lauk untuk dipilih seperti Rendang Daging, Kari Ayam bersama udang atau sotong, Gulai Ikan Tongkol dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh cuba hidangan makanan Kelantan lain seperti Nasi Berlauk, Laksam, Nasi Kerabu dan lain-lain.

9c8183459d
Foto: HungryGoWhere

Kafe Kesom
F-46-G, Jalan PJU 1/45,
Aman Suria,
Petaling Jaya,
Selangor

Gabungan konsep moden kontemporari dan menu hidangan berasal dari Kelantan mencetuskan pengalaman berbeza buat si penggemar makanan Kelantan. Dengan pilihan menu yang pelbagai, sudah tentu Nasi Dagang antara yang menjadi tarikan utama pelanggan ke sini.

17264718_637555783107027_8753662402687521336_n
Foto: FB Kesom

Village Park
5, Jalan SS21/37,
Damansara Utama,
Petaling Jaya,
Selangor

Walaupun restoran ini lebih dikenali dengan menu Nasi Lemak bersama Ayam Goreng Rempah, namun anda juga wajib mencuba nasi dagang di sini. Dihidangkan sama seperti Nasi Dagang biasa namun anda boleh juga menambah lauk ayam goreng rempah terkenal mereka. Jika mahu ke sini untuk bersarapan, sila datang awal untuk dapatkan tempat duduk. Jika tidak bungkus sajalah jawabnya, lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

Village+park+nasi+dagang – foodadvisor
Foto: Foodadvisor

Hayaki
1 & 3, Jalan SS 21/37,
Damansara Utama,
Petaling Jaya, Selangor

Menariknya restoran ini, ia dibuka 24 jam! Anda boleh ke sini untuk menikmati Nasi Dagang bila-bila masa saja. Terletak bersebelahan Village Park, Nasi Dagang di sini dihidangkan bersama Kari Ikan atau Kari Ayam, bersama Acar dan Telur Rebus. Nak tahu ‘layan’ ke tak kenalah ke sini untuk mencubanya!

foto myopenrice
Foto: my.openrice

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

ptptn-merge

Peminjam Kini Tidak Boleh ‘Lari’ Dari Bayar Semula PTPTN

intan

[VIDEO] “Terlampau Seksi..”- Promote Bengkung Tapi Intan Najuwa Dikecam Netizen!