in ,

Pemain ‘Mobile Legend’ Dicari Berpeluang Wakili Malaysia

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Hari ini permainan dalam talian mula menarik minat setiap lapisan masyarakat. Dari yang muda, kanak-kanak, lelaki, wanita mahu pun warga emas mula tertarik dengan game online.

Permainan dalam talian seperti Dota, Mobile Legends, Fifa, PUBG Online dan lain-lain lagi adalah antara yang menjadi minat penggemar permainan dalam talian ini.

Giphy.com
Giphy.com

Malah Menteri Sukan Negara, Syed Saddiq turut mencadangkan industri e-sukan dilonjakkan dan bukan sekadar dianggap aktiviti membazir masa.

Melalui laporan akhbar Kosmo, Todak Gaming Community mencari tujuh pemain untuk menghasilkan satu posisi yang terdiri daripada pemain yang terbaik daripada posisi masing-masing seperti Tanker, Maskman dan sebagainya.

poster todak

Pemilihan akan diadakan ketika acara kejohanan ‘knockout’ Todak Cup Mobile Legends Championship yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Januari 2019. Semua pemain profesional dan amatur dijemput menyertainya.

Todak Fest 2019 adalah festival e-sukan tempatan terbesar yang akan berlangsung selama dua hari. Dijangka akan menerima kedatangan lebih 10,000 pelawat, penonton festival dan juga pemain e-sukan dari seluruh Malaysia.

Selain itu, pemain turut berpeluang merebut hadian wang tunai berjumlah RM100,000 berserta kontrak pemain berkumpulan rasmi bagi mendapatkan pendedahan global menererusi kejohanan e-sukan seluruh dunia.

hadiah

Menurut Presiden Todak Gaming Community Khairul Azlan Zainal Ariffin, Pasukan yang terbentuk ini akan dijaga secara profesional dari segi tempat tinggal, makan, peralatan dan akan dibawa ke pertandingan seluruh dunia.

Klik link ini untuk pendaftaran. Cepat sebelum pendaftaran ditutup!

Siapa kata bermain permainan dalam talian ini merugikan masa? Kini ia sudah boleh dijadikan sumber pendapatan dan kerjaya tau!

Sumber: Kosmo

446752-tips-for-safe-password-sharing

Jangan Pakai Kata Laluan Ini Untuk Elak Kena Godam

main nama terpendek

‘S’ Antara Nama Terpendek Di Malaysia