in

CryCry WTFWTF

Peminjam Kini Tidak Boleh ‘Lari’ Dari Bayar Semula PTPTN

ptptn-merge

Ketika ini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan seramai 2.9 juta peminjam dengan 1.4 juta dilaporkan masih tidak membayar balik pinjaman masing-masing. Pelbagai inisiatif untuk menuntut peminjam membayar kembali pinjaman ini termasuklah menyenaraikan nama peminjam ke dalam CCRIS.

Hari ini, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) yang bakal dilaksanakan mulai Januari ini. Peminjam PTPTN berpendapatan lebih RM2,000 sebulan selepas ini tidak boleh elak dari membayar balik pinjaman terbabit melalui skim ini.

malaysia kini
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan. Foto: MalaysiaKini

Ini kerana skim berkenaan sama seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). PTPTN akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman tersebut.

Menurut Wan Saiful, pihak PTPTN akan bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti LHDN, KWSP, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Jabatan Imigresen untuk mendapatkan maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam.

“Berdasarkan maklumat diperoleh itu, PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji mengikut peratus potongan kepada majikan”, tambahnya.

Kata Wan Saiful lagi, seramai 225,000 peminjam yang berpendapatan kurang RM2,000 akan menikmati pelepasan pembayaran pinjaman mengikut sistem PGB ini dengan bayaran serendah RM40 sebulan sahaja.

jadual potongan

“Pelajar daripada golongan isi rumah B40 dan M40 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman”, katanya lagi.

Wan Saiful turut berkata PTPTN masih mengkaji desakan supaya yuran pentadbiran pinjaman ini antara satu hingga tiga peratus dimansuhkan.

Sumber: Kosmo Online

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

hotel-online

Wanita Ini Kerugian RM800++ Gara-Gara Tempah Hotel Dalam Talian

main

Nasi Dagang Terbaik di Petaling Jaya