in ,

Sarapan Wajib Cuba Di Astaka Taman Tun Sardon, Pulau Pinang

main astaka tun 2

Musim cuti ini, jika anda berpeluang ke Pulau Pinang bolehlah singgah untuk bersarapan ke Astaka Taman Tun Sardon. Kenapa wajib singgah ke sini? Sebabnya ada pelbagai gerai yang menjual menu Pulau Pinang. Psst..bukan Nasi Kandar ya.

Kami senaraikan beberapa menu yang wajib anda cuba bila ke sini.

1. Nasi Lemuni
Nasi Lemuni adalah beras yang dimasak bersama santan dan daun Lemuni. Ia dihidangkan bersama sambal dan telur. Senang cerita Nasi Lemuni ini macam Nasi Lemak. Rasanya pula ada rasa lemak-lemak bersama sedikit herba. Nasi Lemuni ini dijual siap bungkus seperti Nasi Lemak.

nasi lemuni

2. Peknga
Sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, air kelapa, santan dan kelapa parut. Rupanya seakan lempeng. Ia dimakan bersama sambal bilis. Gerainya agak tricky untuk dicari kerana di luar gerai tidak dinyatakan mereka ada menjualnya. Anda boleh cari gerai yang ada jual mee goreng dan roti jala. Tanya pada penjual tersebut.

022349kvmv6hmc1vcsdao9

3. Kuih Serabai
Pankek versi Melayu yang diperbuat daripada tepung beras, santan, nasi dan yis. Kuih ini dimakan bersama kaya. Rasa kuihnya yang lembut, dicicah pula dengan kaya memang boleh layan!

9413519_yH67jBU1408tgEJFGN1O-4tnb9etKwfneoX4zGCk5s0

4. Kuey Teow Sup
Cari gerai bernama Sri Buana untuk mencuba Kuey Teow Sup yang terkenal di sini. Biasalah kalau sudah terkenal pastinya memerlukan anda beratur sebelum dapat menikmatinya. Kalau nak tahu sedap atau tidak, kenalah cuba!

kuey tiaw sup sri buana

Kalau sudah bercuti ke Pulau Pinang, rugilah jika tidak mencuba makanan unik di sini. Lagipun Astaka Taman Tun Sardon ini berkonsepkan medan selera. Jika tidak mahu mencuba menu di atas pun ada pelbagai pilihan makanan lain.

Telefon Pintar Harga Bajet! Wajib Jadi Milik Anda Tapi Apa Yang 'Best' Pasal HONOR 10 LITE?

Jika anda tercari-cari telefon, pastinya yang sangat diinginkan anda dalam satu telefon pintar yang mana dalamnya memiliki kecanggihan yang luar biasa bukan? Yang difikirkan, harga ribuan ringgit saja dapat penuhi keinginan anda namun anda salah kerana dengan hanya telefon pintar HONOR 10 LITE, anda akan rasai satu kecanggihan yang luar biasa dengan harga yang sangat murah!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
D837AF96-EFC0-476F-9BE8-81450CE0A87D

Raikan Kemeriahan Tahun Baru Bersama Sunway Velocity Mall!

tya

[VIDEO] Nissa Sabyan Datang MeleTOP, Nabil Ahmad & Tya Ariffin Dipuji Sambut Tetamu Dengan Baik!