in

CuteCute LoveLove

Tiga Restoran Kambing Bakar Best di Setia Alam

d boss 2

Buat si peminat kambing bakar, ini dia tiga lokasi terbaik di Setia Alam, Selangor untuk menikmati hidangan ini…

Kambing Bakar Kontena
Jalan Setia Perdana BD U13/BD,
Alam Nusantara, Setia Alam,
40170 Shah Alam Selangor

Berbeza dari restoran lain yang menyediakan hidangan set kambing bakar bersama nasi dan sup kosong, di Kambing Bakar Kontena terdapat juga set Kambing Bakar yang dihidangkan bersama Wedges atau Fries. Lebih ngam bila anda pesan sekali menu pencuci mulutnya yang agak menarik seperti Ice Bucket Tutti Frutti, Jus Tabur Float dengan pelbagai pilihan buah-buahan dan banyak lagi. Harga pun berbaloi!

kontena

ice bucket tutti frutti

Restoran Cik Tri Sahara
Persiaran Setia Utama,
Alam Nusantara, Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor.

Pada asalnya restoran ini dibuka di Meru pada tahun 2013, namun berpindah ke Setia Alam pada April 2017. Istimewanya kambing bakar di sini adalah resipi perapan dari Indonesia yang digunakan. Rasa dagingnya yang lembut bersama perapan istimewa cukup kaw! Lebih menarik hidangan kambing bakarnya tidak hangus dan tidak kering. Set didatangkan bersama nasi dan sup kosong serta pilihan air Teh O Ais, Sirap atau Limau Ais.

47399555_10215858608752566_2114022064603004928_n

Kambing Bakar D’Boss
Gecar Bistro
Seksyen U13 Shah Alam,
No 1, Jalan Setia Utama AR U13/AR,
Setia Alam, 40170 Shah Alam,
Selangor.

Set Kambing Bakar Berapi di sini dihidangkan bersama sambal kicap pedas menggunakan resipi turun temurun. Daging bakarnya pula diperap dengan minyak zaitun dan herba bagi mengelakkan ia dari berbau dan lembut. Padanan rasa Kambing Bakar bersama sambal kicap yang pedas manis memang boleh ‘layan’. Amaran! Hidangan nasi dan Kambing Bakarnya agak banyak untuk seorang makan. Beroperasi 10 pagi hingga 12 malam.

43880040_473575273051962_2872444445045817344_n

d boss

Telefon Pintar Harga Bajet! Wajib Jadi Milik Anda Tapi Apa Yang 'Best' Pasal HONOR 10 LITE?

Jika anda tercari-cari telefon, pastinya yang sangat diinginkan anda dalam satu telefon pintar yang mana dalamnya memiliki kecanggihan yang luar biasa bukan? Yang difikirkan, harga ribuan ringgit saja dapat penuhi keinginan anda namun anda salah kerana dengan hanya telefon pintar HONOR 10 LITE, anda akan rasai satu kecanggihan yang luar biasa dengan harga yang sangat murah!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote
47398159_1936964119733676_3397955778433253376_n

Tiket Final Piala AFF Suzuki Mula Dijual Online Esok

dsda

“Jangan Bagi!!!”- Video Bibik Tular, Keluarga Yom Minta Aliff Syukri & Isteri Pulangkan Tapi..