in

Tiket Final Piala AFF Suzuki Mula Dijual Online Esok

47398159_1936964119733676_3397955778433253376_n

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memaklumkan tiket untuk aksi final pertama AFF Suzuki 2018 akan mula di jual pagi esok melalui www.tickethotline.com.my. Sebanyak 40,000 tiket akan dijual untuk aksi final pertama yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember ini.

Menurut Setiusaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, mengikut jadual, tiket yang dicetak dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu, 8 Disember 2018. Tiket akan mula dijual secara fizikal pada pagi Ahad ini, 9 Disember 2018. Bergantung jika tiada sebarang kelewatan penerimaan tiket tersebut.

“Sama juga seperti aksi bertemu Thailand, kuota bagi penjualan tiket secara dalam talian untuk final pertama ini adalah 40,000 keping iaitu 20,000 keping akan dijual pada Jumaat bermula 9 pagi sehingga habis. 20,000 keping lagi akan dijual pada Sabtu dari 9 pagi juga sehingga habis. Sementara baki 40,000 keping tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Ahad ini dan lokasi-lokasi penjualan akan dimaklumkan nanti,” jelas Stuart.

Tambahnya lagi, FAM akan memberi keutamaan pembelian tiket final pertama nanti untuk penyokong tempatan yang hadir menyaksikan aksi separuh akhir kedua antara Malysia dan Thailand di Bangkok malam tadi.

image

“Jadi sila simpan keratan tiket separuh akhir kedua di Bangkok kerana FAM sedang berbincang untuk memberi keutaman kepada anda semua dalam proses pembelian tiket nanti. Nantikan pengumuman rasmi mengenainya.” Jelas Stuart.

Harga tiket untuk aksi final pertama itu nanti adalah RM40 bagi tempat duduk terbuka dan RM5 bagi kanak-kanak, serta RM50 bagi tempat duduk grandstand.

Sumber: Bernama

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

za

Alamak! Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Dikatakan Tidak Sepadan Gara-Gara..

d boss 2

Tiga Restoran Kambing Bakar Best di Setia Alam