in

WOW, VIVO Berkerjasama Dengan PUBG Mobile Malaysia 2018, Hadiah RM 60,000 Untuk Dimenangi!

1

Siapa sangka, telefon pintar VIVO bakal memberikan anda satu kejutan menarik buat peminat tegar PUBG!

Sedia maklum, pemainan PUBG Mobile sangat popular dan bagi menguji kemahiran anda, kini diadakan Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile Malaysia 2018 dengan kerjasama bersama telefon pintar Vivo yang mana hadiah berjumlah RM 60,000 untuk dimenangi di PMNC 2018.

Julung kalinya, pada akhir tahun ini Vivo bekerjasama dengan PUBG Mobile Malaysia untuk menganjurkan PMNC 2018 yang dikenali sebagai pertandingan kebangsaan yang akan diadakan di empat bandar utama, Malaysia seperti Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur.

PMNC merupakan kejohanan pertama untuk mencapai 5 penyertaan sebagai komitmen untuk menyokong negara bagi menjadi hab e-Sukan di Asia.

1

Menarik lagi, dengan bertemakan “Skuad Up”, Vivo x PMNC bagi mempromosikan slogan “One Squad, One Goal” yang mana mengajak semua pemain yang kompetitif dalam membentuk skuad untuk mencapai satu gol bagi menjadi Juara dan mewakili Malaysia.

Bagaimanapun, selepas empat hari pembukaan pendaftaran sahaja sudah terdapat lebih daripada 150 pasukan yang telah mendaftar dengan jumlah lebih daripada 600 peserta yang mana pendaftaran tersebut dibuka di laman http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC/ .

Butiran Qualifiers dan Grand Final adalah seperti di bawah:

Qualifier 1 Paradigm Mall JB, Johor 22 Dec 2018
Qualifier 2 Kompleks Karamunsing, Sabah 25 Dec 2018
Qualifier 3 Emart Batu Kawa, Sarawak 6 January 2019
Qualifier 4

Qualifier 5

Sunway Velocity Mall,

Kuala Lumpur

12 January 2019

13 January 2019

Grand Final Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur 26 January 2019

pubg

“Dalam menganjurkan acara sedemikian, Vivo berharap dapat menanam semangat kerja berpasukan dan bertindak bersama dengan intipati jenama Vivo untuk memupuk teknologi, antarabangsa dan fesyen,” Kata Mike Xu, CEO Vivo Malaysia.

Lagi satu, pemenang setiap penyokong akan bertanding di peringkat akhir untuk menjadi juara. Pertandingan akhir akan berlangsung pada 26 Januari 2019 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur. Tapi, anda perlu ambil perhatian disini, disebabkan oleh keadaan yang tidak diingini, lokasi untuk kelayakan Johor telah berpindah ke Paradigm Mall Johor Bahru, Aras 2.

Vivo bukan saja memperkenalkan kualiti bunyi sempurna dan fotografi muktamad dengan teknologi canggih, bahkan Vivo juga mengembangkan produk yang inovatif dan bergaya untuk pengguna di seluruh dunia kerana Vivo percaya pada pentingnya menggalakkan golongan muda untuk merangkul ekspresi diri dan gaya hidup yang bertenaga.

Ayuh dapatkan maklumat lanjut, lawati dengan segera laman web rasmi ‘Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile Malaysia 2018’ dan Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

VIVO boleh didapati  : www.vivo.com/my.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote
page

Hebat! Ketahanan Fungsi Huawei Mate 20 Pro, Matebook X Pro & Watch GT Penuhi Keperluan Hidup Anda

nabila

“Ape Bende La Kau Ni..”- Gara-Gara Foto Ini, Nabila Razali Diminta ‘Jaga Adab’ Hingga Diminta Delete!