in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

[FOTO] Wow! Cara Mudah ‘Kilatkan Belakang Kuali’ Hanya Dengan Satu Bahan Sahaja!

kilatkan kuali main

Masalah belakang atau bontot kuali hitam legam pastinya membuatkan suri rumah, mak-mak tak senang duduk. Macam ada yang tidak kena bila nampak belakang kuali hitam berkerak. Lagi-lagi kalau jenis yang simpan kuali dengan cara menggantung pada dinding. Sakit mata!

Kalau tanya Google memang ada banyak cara untuk bersihkan belakang kuali berkerak ini. Namun tidak semuanya mudah, malah ada yang memerlukan tenaga untuk menyentalnya.

Melalui perkongsian pemilik akaun Facebook, Fara Amirullah, dengan hanya menggunakan satu bahan ini sahaja masalah kuali berkerak boleh diselesaikan.

Menurut wanita ini, ibunya jika datang ke rumah nampak bontot kuali hitam berkerak memang cukup bising. Pemalas katanya!

Jadi apa yang Puan Fara buat, dia menyental ‘manja-manja’ belakang kualinya dengan menggunakan sabun buku Buruh. Harganya dalam RM5 ada 10 buku di dalamnya. Wah, berbaloi-baloi murahnya tu!

Sabun buku Buruh.
Sabun buku Buruh.

Sagat and lumur pada belakang kuali yang berkerak, biar dalam 5 minit kemudian sental. Tidak perlu sental kuat-kuat pun kerak akan jatuh. Jimat masa jimat tenaga jimat duit!

Sabun buku Buruh yang sudah disagat.
Sabun buku Buruh yang sudah disagat.
Keadaan belakang kuali sebelum dan selepas disental.
Keadaan belakang kuali sebelum dan selepas disental.
Kuali selepas disental.
Kuali selepas disental.

Berkilat macam kuali baru! Sekarang tidak perlu risau atau malu jika ibu dan ibu mertua datang ziarah. Cantik sudah kuali dari berkerak tadi. Terima kasih Puan Fara sudi berkongsi tips ini dengan kami.

Sumber: Fara Amirullah

Pakai Huawei P30 Atau P30 Pro Pun Gambar Boleh Cun Sampai Macam Itu Sekali? Ini Buktinya...

Kebiasaannya korang kalau nak beli handphone baru, pastinya ada ciri-ciri tertentu yang membuatkan ia dipilih bukan? Antara ciri-ciri hebat seperti fizikalnya yang moden dan terkini, jangka hayat bateri yang lama atau pengecasan pantas atau kamera yang menghasilkan foto gempak. Kalau korang mencari handphone yang memiliki semua itu, tidak perlu risau kerana Huawei P30 dan P30 Pro ada semuanya!

What do you think?

-13 points
Upvote Downvote
Vroom

[VIDEO] “Wow Bella..Wow Wow..”-Dipuji Sangat Gempak! Rupanya Ini Lagu Baru Nabila Razali..

Nabila1

“Ia Bukan Gimik Tapi..”- Nabila Razali Nafi Buat Gimik, Dedah Sebab ‘Padam’ Semua Foto!