in

WTFWTF

“Datang Rumah Orang Tapi Buat Macam Rumah Sendiri Ke Ni?”, Instafamous Dikecam Netizen Kerana Kritik Peraturan Sebuah Restoran?

instafamous dikecam main

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial apabila seorang gadis yang dikatakan Instafamous mengkritik peraturan sebuah restoran yang dikunjunginya.

instafamous dikecam 2

Isu ini menjadi hangat apabila ramai yang menghentam pemilik akaun Instagram ini kerana tidak bersetuju denganya. Malah perkara ini turut mendapat perhatian pihak restoran terbabit untuk menerangkan situasi sebenar.

Pihak restoran tidak menghalang pelanggan daripada mengambil gambar, cuma meminta pelanggan tidak menganggu ruang peribadi atau pelanggan lain.

Malah pengurus restoran itu turut menuduh gadis ini telah memasuki sebuah bilik private tanpa izin. 

Namun dibidas kembali oleh gadis ini dengan memberitahu dia memasuki bilik berkenaan dengan izin pekerja di situ.

instafamous dikecam 5

instafamous dikecam 6

Lebih parah, selepas instafamous tersebut memuatnaik gambar dengan kapsyen yang ‘mengundang’ kritikan netizen itu, seorang pengguna Twitter pula memuatnaik berkenaan perihal ini yang seterusnya telah diulang kicau (retweet) sebanyak 2,901.

“Apa korang fikir tentang hal ini? Dia ke Open House KLCC – restoran masakan melayu fine dining- yang mana memiliki peraturan seperti tidak boleh mengambil gambar sesuka hati, kanak-kanak berumur 10 tahun tidak dibenarkan masuk, tidak dibenarkan memakai selipar dan sebagainya.”

instafamous dikecam

Kapsyen pemilik akaun terbabit bagaikan mencurah minyak ke dalam api. Ia mendapat perhatian netizen lalu mengecam tindakan gadis tersebut.

Ada yang beri pendapat, perkara ini senang sahaja. Kalau rasa tidak ‘berkenan’ dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak restoran, pergi tempat lain.

instafamous dikecam 4

Kadang-kadang ‘instafamous’ ni tak perasaan, perbuatan mereka yang mengambil gambar banyak-banyak boleh buat pelanggan lain tidak selesa.

instafamous dikecam3

Walaubagaimanapun, kami harap perkara ini boleh diselesaikan sebaik mungkin. Benda boleh dibawa bincang. Cuma itulah, kalau sudah post di media sosial apa pun boleh jadi bahan netizen.

 

Sumber: Twitter

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
fazura

[FOTO] Raih Lebih 160 Ribu Likes! Wajah ‘Tanpa Make Up’ Fazura Buat Ramai Tertarik

awal

“Tolonglah Jangan Ingat Ni Pesen Baru!..”- Awal Ashaari ‘Malu’ Disebabkan Salah Pakai Seluar..