in ,

[FOTO] Digelar Princess, Gaun Kahwin Meletop & Sangat Cantik! Elfira Loy Jadi Perhatian!

elfira

Baru-baru ini, majlis akad nikah Elfira Loy bersama Muhammad Faris Khairol Anuar menjadi perhatian netizen, kini majlis resepsi pertama yang diadakan pasangan sama cantik, sama padan ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pula menjadi sebutan ramai apabila Elfira mengenakan gaun perkahwinan yang sangat cantik.

BACA: Tahniah! Elfira Loy Sah Bergelar Isteri Faris Anuar, Ini Foto ‘Meletop’ Yang Dikongsi!

Sama cantik, sama padan!

Mengayakan rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini membuatkan gaun Elfira dikatakan gaun paling cantik yang dilihat netizen. Mana taknya, Elfira saling tak tumpah seperti puteri raja!

Faris yang memakai suit serba putih pula membuatkan pasangan ini cukup terserlah di majlis resepsi mereka yang dihadiri keluarga, kenalan rapat dan rakan artis yang mana sangat meriah!

Elfira cantik hingga digelar Princess!

Foto-foto sangat meletop ini telah dikongsi menerusi Instagram Rizman Ruzaini sehingga rata-ratanya tidak melepaskan peluang memuji pasangan bahagia ini.

Sumber: rizmanruzaini

tertelan wisel main

Budak 9 Tahun Nafas Berbunyi Aneh Selepas Tertelan Wisel

artis

[FOTO] Sekitar Rakan Artis ‘Bergaya’ Di Majlis Resepsi Elfira Loy, Tak Sangka! Che Ta Sampai Buat Pantun..