in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

[FOTO] Tidak Mahu Terus Menyewa, Pasangan Ini Nekad Beli Rumah Secondhand Dan Ubah Suai Sendiri. Hasilnya Wow Sangat!

Tranf rumah main

Setiap insan ada impian mereka tersendiri. Demi impian itulah adanya semangat dan usaha untuk mencapainya pada suatu hari nanti. Begitulah umpamanya perkongsian dari wanita ini.

Nurwany Zabry dan pasangannya berkongsi kegembiraan berjaya membeli sebuah rumah selepas empat setengah tahun menyewa. Menurut perkongsiannya itu, kerana kadar sewa sebanyak RM750 sebulan mendorongnya untuk memiliki kediaman sendiri.

Katanya lagi, dia mula nekad untuk membeli rumah pada awal 2018, sewaktu usianya 25 tahun. Jadi dia mula menyimpan duit di SSP. Sehinggalah hujung tahun lepas dia ‘naik turun’ bank dan berdoa agar pinjaman rumahnya lulus.

Alhamdulillah! lulus juga akhirnya. Cerita Puan Wany, harga ejen letak untuk rumah yang dibelinya itu adalah RM190,000 dan dia dapat harga RM160,000. Downpayment booking 10%, RM16,000 tunai. Pinjaman bank lulus sekitar RM134,000 dan kos renovation untuk semuanya RM79,000 tunai.

Menurut Puan Wany kunci untuk dapat semua ini adalah sabar. Peduli apa yang orang lain cakap janji apa yang disasarkan dapat.

“Nak bersederhana tapi cukup. Semuanya Wany kumpul memang niat nak beli rumah. Tapi saya beritahu suami tidak mahu terbeban di masa akan datang. Jadi saya pilih rumah secondhand untuk rumah pertama kami”

Tambahnya lagi, perkongsian ini untuk memberikan inspirasi dan semangat kepada anak muda di luar sana supaya bijak membelanjakan wang dan mula menyimpan aset yang boleh menjamin masa depan. Biar kecil tapi selesa. Serta jangan merungut dalam banyak hal, buat dulu. Hasilnya akan nampak dikemudian hari.

Okay, jom cuci mata lihat transformasi rumah yang dibeli Puan Wany ini. Moga menjadi inspirasi buat korang semua…

Rumah Asal Yang Dibeli

transf rumah 3

transf rumah 4

transf rumah 5

transf rumah 6

transf rumah 7

transf rumah 1

transf rumah 2

Ketika Renovasi

transf rumah 12

transf rumah 13

transf rumah 14

transf rumah 15

transf rumah 16

transf rumah 8

transf rumah 9

transf rumah 10

transf rumah 11

Dan Hasilnya…Wow!

transf rumah 18

transf rumah 19

transf rumah 20

transf rumah 21

transf rumah 22

transf rumah 23

transf rumah 17

Sumber: Nurwany Zabry

What do you think?

-21 points
Upvote Downvote
hanee2

Pernah Dipanggil Arang, Ibu Dedah Isu Warna Kulit Haneesya Hanee Sudah Bermula Sejak..

nabil

“Eh Dia Tak Marah..”- Sarah Hildebrand ‘Disimbah Air’ Oleh Kekasih Curi Tumpuan Ramai