in

Gambar Sebiji Telur Raih Lebih 22 Juta Like Di Instagram, Tewaskan Rekod Kylie Jenner

Foto: Foxnews
Foto: Foxnews

Jika minggu lalu kecoh di laman sosial dengan gambar seorang kanak-kanak lelaki yang ‘mesra’ dengan Kerbau, hari ini kecoh pula dengan rekod gambar miliki paling tinggi like di Instagram.

BACA: [Foto] “Ini Pemandangan Rare!” – Orang Ramai Teruja Melihat Koleksi Gambar Terbaik Dunia Dan Juara Peringkat Asia Ini

Yang peliknya macam manalah boleh dapat banyak like sebanyak itu? Sedangkan….

Rekod pemegang gambar like tertinggi di Instagram yang dipegang oleh selebriti terkenal, Kylie Jenner kini telah ditewaskan dengan gambar sebiji telur sahaja!

Yup, bukan gambar selebriti terkenal atau gambar perlakuan ‘kurang bijak’ dan bukan juga benda hidup. Hanya telur…

Gambar sebiji telur itu dimuatnaik oleh satu akaun bernama world_record_egg. Ia sangat ringkas, dengan hanya sebiji telur yang masih belum dipecahkan dengan berlatarbelakangkan putih kosong dimuatnaik pada 5 Januari lalu.

Foto telur terima lebih 22 juta likes

Screenshot_209

Sehingga kini posting gambar tersebut mendapat lebih 22 juta like di Instagram. Ini secara tidak langsung telah mengalahkan rekod milik gambar dari akaun Kylie Jenner yang pernah menjadi fenomena suatu ketika lalu sehingga mendapat 18 juta like dari pengguna Instagram.

Gambar anak pertama Kylie Jenner itu dimuatnaik pada 6 Februari 2018 dan sejak itu masih belum ada yang dapat memecahkan rekod gambar paling banyak like di Instagram itu sehinggalah muncul gambar sebiji telur ini.

Screenshot_210

 

Gambar telur ini juga menjadi satu-satunya gambar bukan  manusia yang tersenarai dalam 20 gambar dengan jumlah like tertinggi.

Persoalannya, kenapa telur?

Kami sendiri pun tertanya-tanya akan jawapannya!

Sumber: cnet.com

jejai

Jejai Muat Naik Foto Anak, Tapi Terima Komen ‘Batu Api’ Dibidas Semula Fasha Sandha!

tasha

Netizen Terkejut Lihat Penampilan Tasha Shilla, Dibahan Gara-Gara..