in ,

CuteCute WTFWTF

Isu Tular Cuci Sudu Dan Garfu Atas Jalan, Pemilik Restoran Khulafa Beri Penjelasan

mamak pengotor main

Amboi korang, kalau pasal viral cepat je kan? Sejak semalam penuh di timeline Facebook saya mengenai satu kes yang mana ada satu restoran mamak yang membasuh sudu dan garfu di atas jalan belakang restorannya.

Melalui perkongsian itu, pemilik akaun Facebook tersebut mendakwa restoran mamak Khulafa itu terletak berhampiran dengan rumahnya dan dia pernah beberapa kali makan di situ.

“Loya tekak akak. Ni Khulafa kat rumah akak ni. Pernahlah makan 2-3 kali di situ. Memang kurang ajar tau diorang ni!”. – kapsyen pemilik akaun yang menjadikan isu ini tular.

Berikut adalah foto yang turut dikongsikan olehnya:

49831929_2108205779199748_8556417191208026112_n

49864329_2108205769199749_6545351763342393344_n

49698532_2108205815866411_8306909716211040256_n

Dari perkongsiannya itu, rata-rata netizen turut mempercayai tentang perkara itu.

Namun ada juga yang menyebelahi restoran terbabit dengan meninggalkan komen berikut:

mamak pengotor komen

Walaubagaimanapun, pemilik Restoran Khulafa ini menafikan dakwaan pekerjanya mencuci sudu dan garfu di atas jalan di belakang restoran itu.

Menerusi laporan Kosmo Online!, kejadian itu hanya salah faham kerana semasa kejadian pekerja restoran sedang membuat pembersihan bagi membuang sudu dan garfu yang berkarat dan tidak sesuai digunakan lagi.

Ha….kan, itulah memandai-mandai saja buat cerita tanpa usul periksa. Rasanya tak salah kot pergi tegur pekerja yang sedang membasuh itu untuk bertanyakan hal yang sebenarnya.

Malah pada jam 11 pagi hari ini, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah melakukan pemeriksaan di restoran terbabit.

Foto: Kosmo Online
Foto: Kosmo Online

“Pemeriksaan MBSA dan pejabat kesihatan mendapati premis kita adalah bersih dan patuh piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” jelas pengerusinya, Datuk Abdul Wahith Sharfuddin.

Sumber: Facebook / Kosmo Online!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote
za

“Tiada Maknalah..”- Kecoh Dikatakan Sudah Berkahwin Gadis Ukraine, Zul Ariffin Tampil Menafikan!

siti elizad

“Doakan Kami Punya Zuriat.. Dapat Sorang Pun Dah Memadai Sangat2..”- Siti Elizad