in ,

Pengguna iPhone Dan Android Boleh Berkongsi Kabel Pengecas Yang Sama Tidak Lama Lagi?

charger iphone and android main

Sejak dari mula dikeluarkan iPhone dan Android bagaikan dua jenama yang sering berlumba-lumba dengan kecanggihan kamera dan spefikasi masing-masing. Orang kata tidak sehaluan.

Korang sebagai pengguna juga pasti ada pendapat sendiri telefon pintar yang mana paling best bukan?.

Dalam kalangan korang dan teman-teman pasti ada yang menggunakan Iphone dan ada juga Android. Pernah tak bila korang keluar, bateri telefon pintar Android hampir kehabisan? Kabel pengecas pula tak bawa. Nak pinjam kabel kawan-kawan lain semua pun pakai iPhone. Maka ‘terkuburlah’ niat mahu mengecas telefon pintar korang itu.

Tapi tidak lagi selepas ini kerana ada satu laporan mengatakan pengeluar iPhone iaitu Apple bakal membuat perubahan besar mengenai produk kabel pengecas mereka.

Giphy.com
Giphy.com

Menerusi khabar angin itu, tidak lama lagi Apple akan menggunakan kabel USB-C, kabel yang sama seperti pengguna Android. Jika benar tentang perubahan itu, ia sekaligus bakal mengubah jenis kabel pengecas buat pengguna iPhone akan datang.

Terbaru keluaran Apple, iPad Pro sudah pun menggunakan kabel pengecasan jenis ini.

snowkids-usb-c-to-usb-3-0-thumb-1500×1000
Kabel USB-C

USB-C dilancarkan pada 2014 dan menjadi pengecas utama untuk banyak jenis peranti. Ia adalah kabel pengecas atau input USB yang banyak digunakan untuk telefon Android dan komputer riba. Antara telefon pintar yang turut menggunakan USB-C ialah Samsung Galaxy S9, Google Pixel 3, Razer Phone 2 dan OnePlus 6.

Sumber: Daily Star

dewi

Isu Video Finalis Dewi Remaja Didakwa Berparti & Minum Arak, Ini Kenyataan Awal Oleh Pihak..

haneesya1

“Saya Minta Maaf. Buat Masa Sekarang, Saya Tak Mahu Keluarkan..”- Haneesya Hanee