in

CuteCute

Resepi Kerepek Ngaku Yang Lemak Manis, Masin Dan Cair Di Mulut…

main kerepek ngaku

Bila lambakan buah Ngaku atau lebih dikenali dengan Arrowhead dijual di pasaraya, itu tandanya perayaan Tahun Baharu Cina bakal menjelma. Kalau korang yang tidak tahu, buah Ngaku ini bila dibuat kerepek rasanya sangat sedap!

Inilah rupanya kerepek Ngaku yang tular itu.
Inilah rupanya kerepek Ngaku yang tular itu.

Menerusi perkongsian Ida Hariyani di laman Facebook miliknya, gadis ini berkongsikan rahsia untuk buat kerepek Ngaku yang rangup dan cair di mulut. Ini antara rahsianya:

1. Beli buah Ngaku yang bertangkai supaya mudah disagat.

Begini rupanya Ngaku bertangkai.
Begini rupanya Ngaku bertangkai.

2. Pilih buah yang bahagian bawahnya tidak pecah sangat.
3. Rendam dalam air garam supaya kuman mati. Ini kerana buah ini selalu bahagian bawahnya pecah dan ada tanah.
4. Ngaku ini dah ada rasa masin manis lemak sendiri, jadi tidak perlu masukkan garam dalam minyak kalau nak healthy.
5. Waktu goreng, bila buih dah kurang tandanya kerepek itu sudah masak.

Berikut adalah cara-cara membuatnya:
1. Basuh dan kupas. Kemudian rendam dalam air garam.

Buah yang dah siap dikupas.
Buah yang dah siap dikupas.

2. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak, letak sedikit garam dalam minyak.

Dah siap sedia untuk disagat.
Dah siap sedia untuk disagat.

4. Sagat Ngaku terus ke dalam kuali. Sentiasa kacau sehingga masak.

Hampir siap.
Hampir siap.

5. Angkat dan toskan. Bila dah sejuk masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Dah siap goreng!
Dah siap goreng!

Macam senang je buatnya ni. Bolehlah buat kemudian makan sambil tengok bola layan juga ni!

Sumber: Ida Hariyani

Cas Telefon Huawei Lebih Mudah Dengan Pengecasan Tanpa Wayar

Jika mahu diikutkan teknologi terkini memang tidak terkejar dibuatnya. Apatah lagi mahu memilikinya. Namun tidak mustahil untuk dapatkan semuanya jika ada keinginan dan usaha. BACA: Huawei P30 Dan P30 Pro Bakal Menjengah Di Pasaran Malaysia Bermula 6 April Ini! Semalam Huawei melancarkan siri 'P' terbaharu mereka, P30 dan P30 Pro disamping memperkenalkan beberapa peranti hebat lain.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote
zara

Drama Jihan Muse & Fara Fauzana ‘Kenakan’ Zara Zya Ketika Di Palu Buat Netizen Terhibur Bila..

Shahrol

Masalah Disiplin, Antara Punca Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Sebagai Penyampai Suria