in ,

OMGOMG WTFWTF

Roti Canai Paling Sihat Di Dunia Bakal Di Pasaran April Ini. Makan Tanpa Rasa Bersalah Selepas Ini!

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Selain daripada nasi lemak ayam goreng, mee goreng dan laksa, roti canai adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi bila mengunjungi restoran mamak. Pastinya ia antara makanan wajib untuk dipesan.

Walaupun ramai yang tahu roti canai adalah salah satu makanan yang mengandungi tinggi karbohidrat dan kolestrol, tapi tiada siapa yang kisah.

Giphy.com
Giphy.com

Namun kalau seseorang itu sememangnya pentingkan penjagaan makanan, memilih untuk menjamah roti canai adalah pilihan yang tidak bijak kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit berbahaya.

Bagaimanapun kini korang tidak perlu risau lagi kerana ada alternatif lain buat si penggemar roti canai, iaitu roti canai paling sihat di dunia yang rendah indeks glisemik dan kandungan lemak.

Kerjasama antara Holista Colltech dan Kawan Food Berhad ini menghasilkan roti canai sejuk beku yang tidak mengandungi bahan kimia dan rasa asli roti canai masih kekal.

Foto: mStar
Foto: mStar

Akan mula berada di pasaran bermula April depan, bahan yang digunakan untuk menghasilkan roti canai sihat itu adalah kacang bendi, kacang dhal, barli dan halba.

Menurut Pegawai Eksekutif Holista Colltech, Datuk Dr Rajen M, roti canai sihat ini akan membantu menangani masalah obesiti yang semakin meningkat di negara ini.

Carta no 1 Di Asia Tenggara. Tahniah!
Carta no 1 Di Asia Tenggara. Tahniah!

Tambahnya lagi, roti canai biasa atau roti putih boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat dengan pantas. Ini adalah salah satu punca penyebab darah tinggi, diabetis, jantung, obesiti, kurang bertenaga dan mengantuk.

Pengarah Urusan Kawan Food Berhad, Timothy Tan berkata, syarikatnya akan memasarkan produk terbaharu itu di Amerika Syarikat Jun depan selain di Malaysia pada April nanti.

Wah! tak sabar rasanya nak cuba roti canai sihat. Sambil diet pun boleh makan makanan kegemaran yang satu ini. Masak pula garing-garing..Perghhh…Layan!

Sumber: mStar

Guna Aplikasi, Dapat Kumpul RM1.5k. Macam Mana Gadis Ni Buat?

Haa.. zaman sekarang ni siapa je tak suka benda free kan? Ye lah, banyak benda dah naik harga, takkan nak tolak. Percaya tak, kalau admin bagitahu yang korang boleh dapat duit setiap bulan secara free? Ok, ni nak cerita! Admin nampak dekat Twitter ada influencer yang post pasal reward free yang dia dah dapat daripada satu app ni.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
wawa

“Ini Kes Lapar..”- Aeril Kongsi Video, Netizen Terkejut Wawa Pakai ‘Tudung Senget’ Tapi Tetap Cantik!

MIra

“Halah Halah..Yang Ini Pon..”- Gara-Gara ‘Remy Is My Love’, Reen Rahim Buat Mira Filzah Gelak Besar