in

[VIDEO] “Amazing!”, Tular Persembahan Tarian ‘Sep Sep Tom Tom’ Bikin Orang Ramai Kagum

tarian sep sep main

Siapa yang lahir tahun sebelum 90-an pastinya tahu tentang permainan rakyat ‘Sep Sep Tom Tom’ bukan? Permainan yang hanya memerlukan kecerdasan tangan dan fokus, disertakan dengan lagunya yang menghiburkan menjadi salah satu permainan biasa rakyat pada suatu ketika dahulu.

Namun kini permainan ini kian dilupakan sehinggalah baru-baru ini viral tentang sebuah rakaman persembahan tarian berasaskan permainan rakyat ini.

Rakaman video persembahan ‘Sep Sep Tom Tom’ oleh sekumpulan penari kanak-kanak ini menjadi viral selepas ditonton lebih 647,000 sejak dimuatnaik di Facebook Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara pada 13 Januari lalu.

Korang boleh tengok sendiri bagaimana adik-adik ini buat rakyat Malaysia berbangga dengan budayanya.

Difahamkan kumpulan kanak-kanak ini adalah dari Tunas Seni Cemerlang JKKN dan pernah mengiringi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah dan Yassin di Anugerah Juara Lagu tahun 2016/2017.

Menurut komen yang ditinggalkan di posting ini, kumpulan ini pernah membuat persembahan lagu-lagu asli melayu di Paris tahun lalu mewakili Malaysia.

Selain itu, orang ramai turut meninggalkan komen kagum dan terpesona dengan persembahan itu.

tarian sep sep 1

Ada juga yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.

tarian sep sep 2

Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara / Tandak Youtube Channel

tiz

“Manis2 Belaka..”- Netizen Teruja Lihat Tiz Zaqyah Throwback ‘Foto Lama’ Bersama Rakan Artis!

dewi remaja

“Pastu Malam Minum Arak..”- Tular Video Dikatakan Haneesya Hanee Buat Netizen Tertanya-Tanya..