in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

[VIDEO] “Power! Semua Dia Tapau” – Caliph Buskers Cover 12 Lagu Finalis AJL33, Memang Hebat!

cover ajl main

Sebuah acara berprestij terbitan TV3, Anugerah Juara Lagu bakal berlangsung pada 3 Februari ini. Seramai 12 lagu terbaik yang dibawakan barisan penyanyi hebat seperti Misha Omar, Sufiah Suhaimi, Siti Nordiana, Siti Sarah Raissudin dan ramai lagi.

Tidak sabar menantikan lagu mana yang dinobatkan sebagai juara, dan pastinya acara kali ini pasti bertambah meriah dengan segmen interlude dari kumpulan rock lagenda Search, Nico G dan juga barisan artis muda seperti Ismail Izzani, Sarah Suhairi dan Nabila Razali.

Foto: Xtra.com.my
Foto: Xtra.com.my

Itu cerita Anugerah Juara Lagu 33 itu sendiri. Tapi di laman sosial kini viral dengan video cover 12 lagu finalis AJL dari Caliph Buskers. Video yang dimuatnaik dari channel Faithful Music pada 22 Januari lalu kini sudah mencecah 81,000 tontonan. Tidak termasuk lagi yang dikongsikan beberapa individu di laman Facebook.

Rakaman yang dikongsikan di Facebook.
Rakaman yang dikongsikan di Facebook.

Netizen yang rata-rata kagum dengan bakat Caliph Buskers memuji bakat mereka. Siap ada yang request kumpulan ini untuk buat persembahan pembukaan AJL itu nanti!

cover ajl 1Saya sendiri yang menonton video ini turut terpegun. Hebat betul bakat mereka. Sambil main alat muzik, boleh juga menyanyi. Sedap, lunak suara setiap satunya!

cover ajl 3

Nak nangis tengok bakat yang mereka ada.

cover ajl 2

Video yang buat orang ramai kagum;

Memang terbaiklah Caliph Buskers! Salute!

Sumber: Youtube Faithful Music

Datin

[FOTO] “Jangan Bimbang Pasal Yom..” Sering Dipersoalkan, Ini Luahan Datin Shahida!

michael

“Tak Sentap Ke Tu Ernisha..”- Video Michael Ang Jadi Tumpuan Ramai Bila Dikatakan..