in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Bedah Keluarkan Bayi Dari Rahim Untuk Jalani Rawatan, Kemudian Dimasukkan Semula. Ajaibnya!

main spina bifida

Pasangan suami isteri dari United Kingdom membuat keputusan untuk membuat pembedahan demi menyelamatkan bayi yang masih dalam kandungan. Pembedahan dilakukan selepas doktor mengesahkan bayi dalam kandungan mempunyai masalah spina bifida.

BACA: [FOTO] Gadis Ini Lumpuh Separuh Badan & Terpaksa Jalani Sisa Hidup Di Atas Kerusi Roda Hanya Disebabkan…

Bagaimanapun berita mengenai pembedahan ini mendapat perhatian umum apabila prosedur yang dilakukan agak menakjubkan. Bethan dan suaminya, Kieron sebelum itu diberikan pilihan jika mahu menamatkan kehamilan itu. Namun mereka mendapat tahu tentang adanya pembedahan tersebut.

Spina bifida 1

Bayi dalam kandungan Bethan yang baru berusia 24 minggu dikeluarkan dari rahim melalui pembedahan untuk diberikan rawatan sebelum dimasukkan semula ke dalam rahimnya.

Ajaib bukan? Bagaimanapun sehingga kini prosedur terbabit hanya dilakukan di Belgium, tetapi Bethan yang bakal melahirkan bayinya pada April adalah salah seorang daripada sebilangan kecil ibu yang dikendalikan oleh pasukan pakar bedah Belgium dan Inggeris di London.

spina bifida 2

Spina bifida adalah masalah tumbesaran tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menjadi punca saraf tunjang terdedah. Ia boleh menjejaskan kebolehan anaknya itu berjalan setelah meningkat usianya.

Jadi nampaknya ibubapa yang bakal mendapat bayi disahkan alami spina bifida ini, pilihan mengugurkannya bukanlah yang terbaik. Selagi ada pilihan terbaik, mengapa tidak mencubanya.

Sumber: Mirror

What do you think?

-4 points
Upvote Downvote
mf

[VIDEO] First Cover Shoot 2019, Mira Filzah ‘Kenyit Mata’ Curi Perhatian Netizen

bts

Gara-Gara Tajuk Lagu Ismail Izzani, Kini ‘Jadi Mangsa’ ARMY Tapi Dibidas Peminat!