in ,

CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Berita Mengenai Penyakit Rusa Zombi Mula Menular, Tapi Netizen Bayangkan Filem Train To Busan?

rusa zombi main

Sejak beberapa hari ini, pelbagai media antarabangsa melaporkan mengenai penyakit berjangkit yang menjangkiti haiwan seperti rusa, elk dan moose.

Penyakit kemerosotan kronik (chronic wasting disease-CWD) atau lebih dikenali dengan nama penyakit rusa zombi dikesan menjangkiti beberapa ekor rusa sejak Januari lalu.

BACA:[VIDEO] “Patung Inilah Buat Aku Tak Tidur Malam Dulu” – Trailer Filem Chucky Is Back Bikin Netizen Tidak Keruan!

Khabarnya…

Lebih membimbangkan, menurut Pakar Kesihatan Amerika Syarikat (AS) dikhuatiri penyakit yang boleh membawa maut ini turut boleh dijangkiti manusia!

Berdasarkan kajian yang dijalankan, antara kesan kepada haiwan yang dijangkiti penyakit ini ialah ia mampu menjejaskan fungsi otak, saraf tunjang dan tisu-tisu lain dalam haiwan.

Masih Belum Ada Vaksin

Penyakit itu boleh merebak melalui cecair tubuh seperti najis, air liur, darah atau air kencing serta sentuhan secara terus dari persekitaran. CWD mengambil masa bertahun-tahun untuk simpton jangkitannya dapat dilihat dengan jelas. Buat masa ini belum ada langkah rawatan dan vaksin untuk mengubati penyakit ini.

Antara rusa yang menunjukkan simptom dijangkiti, air liur meleleh.
Antara rusa yang menunjukkan simptom dijangkiti, air liur meleleh.

Jika dilihat simptom yang terdapat pada rusa yang dijangkiti, kehilangan berat badan secara drastik, berjalan terhuyung-hayang, kehilangan koordinasi tubuh, air liur meleleh, telinga melepek dan bertindak agresif serta tidak takut pada manusia.

Tidak Mustahil Untuk Manusia Turut Dijangkiti

Bagaimanapun, masih belum ada pengesahan rasmi penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia. Kini beberapa pakar kesihatan sedang membuat kajian mengenainya.

Namun begitu, menurut Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Universiti Minnesota, Michael Osterholm,

“Penyakit ini juga tidak mustahil boleh terjadi pada manusia jika individu itu memakan daging rusa yang sudah dijangkiti pada masa akan datang.”

Tinjauan di laman Twitter, ramai yang membayangkan penyakit CWD ini sama seperti dalam filem Train To Busan. Manakan tidak, di awal filem ini memaparkan penyakit zombi mula disebarkan dari seekor rusa. Sama bukan?

Netizen siap membayangkan jika penyakit ini menular hingga ke Malaysia.

rusa zombi 2

Siap ada yang buat lawak?

rusa zombi 1

Sumber: Twitter Astro Awani / The Huffington Post

Cas Telefon Huawei Lebih Mudah Dengan Pengecasan Tanpa Wayar

Jika mahu diikutkan teknologi terkini memang tidak terkejar dibuatnya. Apatah lagi mahu memilikinya. Namun tidak mustahil untuk dapatkan semuanya jika ada keinginan dan usaha. BACA: Huawei P30 Dan P30 Pro Bakal Menjengah Di Pasaran Malaysia Bermula 6 April Ini! Semalam Huawei melancarkan siri 'P' terbaharu mereka, P30 dan P30 Pro disamping memperkenalkan beberapa peranti hebat lain.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
janna

“Wah Sis Walau Dibenci..”- Janna Nick ‘Post’ Drama Leftenan Zana, Netizen Kritik Sikap Pengarah?

mawar

[FOTO] Disangka Baim Wong! ‘Abang Jadi Tumpuan’ Bila Mawar Rashid Muat Naik Status Yang Dikatakan..