in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Gempar! Anak Buaya Tembaga Ditemui Di Tasik Shah Alam

main tasik shah alam buaya

Tasik Shah Alam adalah salah satu lokasi tumpuan keluarga dan pelajar di sekitarnya untuk beriadah. Namun hari ini gempar apabila seekor anak buaya tembaga ditemui di tasik itu hari ini.

BACA: [VIDEO] Tular Rakaman CCTV Hampir Dirompak Geng Penyamun Bersenjatakan Parang!

Menerusi sebuah laporan, orang awam yang menemui reptilia sepanjang 0.6 meter ketika melalui Tasik Shah Alam, Seksyen 14 pada jam 9.30 pagi hari ini sebelum menghubungi bomba.

52663199_2332547690112300_5007940160717848576_n

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Subhaan Mohamed, sejurus menerima laporan pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seekor anak buaya berada di atas pam air di tengah tasik.

52597921_2332547740112295_6369445888766509056_n

Tambahnya lagi operasi menangkap anak buaya itu diserahkan kepada PERHILITAN.

Pengarah PERHILITAN Negeri, Abd Rahim Othman berkata anak buaya itu tidak datang dari sungai kerana siasatan awal mendapati tasik berkenaan tidak bersambung dengan mana-mana sungai.

52774202_2332547773445625_2006072244916191232_n

Malah mereka juga percaya anak buaya tersebut dilepaskan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Operasi menangkap masih dilakukan dan pihaknya masih menjalankan pemantauan lanjut.

Sumber: Harian Metro / Bomba & Penyelamat Shah Alam

What do you think?

-8 points
Upvote Downvote
main tolak bius

“Boleh Operate Tapi Tak Nak Ubat Bius” – Kisah Pasangan Tolak Ubat Bius Ini Buat Ramai Yang Speechless!

chef

[VIDEO] “Saya Suka & Hormat..”- Chef Wan Menyakat Tapi Netizen ‘Respect’ Cara Layan Mak, Dipuji Terbaik!