in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Viral Isu Pelekat Kenderaan ‘Tapak Kaki’ Ada Kalimah Allah Dan Muhammad, Mr DIY Tampil Beri Penjelasan

pelekat DIY main

Sejak semalam tular di media sosial Facebook dan Twitter dengan satu video mengenai aksesori pelekat kenderaan yang mempunyai cetakan kalimah Allah dan Muhammad.

Menerusi rakaman selama 28 saat itu, kedengaran suara wanita menerangkan mengenai satu aksesori pelekat kenderaan yang baru dibelinya di Mr DIY. Juga turut dipaparkan dengan jelas aksesori pelekat tersebut.

BACA: “Siapa Yang Hantar Benda Ini Dia Dah Berjaya” – Temui Bungkusan Kuning, Tak Sangka Perniagaan Disihir!

Korang boleh tonton video tersebut di bawah:

Dengan perkongsian lebih dari 7,000, rata-rata netizen berpendapat perkara begini adalah tidak disengajakan kerana kalimah tersebut tidak penuh. Malah ada yang berpendapat aksesori pelekat ini diperbuat dari bahan terpakai.

Antara komen dari pengguna Twitter.
Antara komen dari pengguna Twitter.

Bagaimanapun melalui sebuah perkongsian dari salah seorang pengguna Twitter yang lain, pihak Mr DIY sendiri tampil memberi maklum balas mengenai hal ini melalui kenyataan bertulis seperti berikut:

“Mr DIY ingin menarik balik serta merta produk pelekat kereta ini kerana ia mengandungi karakter atau perkataan yang mungkin menyinggung pelanggan Muslim kami. Kami mengambil serius berkenaan hal ini dan menghargai setiap maklum balas dari pelanggan. Kami juga tidak berniat untuk menyinggung sebarang agama dan budaya dengan insiden ini.”

Dyw3pdSU8AEv8_3

Melalui kenyataan ini juga, pelanggan yang telah membeli produk tersebut boleh mendapatkan semula bayaran penuh semula. Hanya tunjukkan bukti pembelian. Untuk maklumat lanjut sila hubungi khidmat pelanggan Mr DIY di 03-89611338.

Sumber: Saifuddin Nasution / M.Faizmin

azza

[VIDEO] Parodi MeleTOP ‘Baby Pian’, Azza Puji Bell Ngasri, Bagi Je Apa Watak Tapi Part Last..

fad

[FOTO] “Tak La Niat Tulis Untuk Tunjuk Baik Tapi..”-Isteri Fad Bocey Dedah Sebab Pakai Tudung Yang Dulunya Rasa..