in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Kisah Pak Cik Berjalan Kaki 30 KM Untuk Mencari Kerja Ini Mengundang Sebak!

jalan kaki 30km main

Di waktu kita merasai diri sudah cukup susah, namun bersyukurlah kerana ada orang yang lebih susah dari kalian. Jika korang rasa meredah jalan yang sesak setiap pagi untuk ke tempat kerja memeritkan, bayangkan ada orang yang tiada gaji dan kerja untuk mencukupkan keperluan harian.

BACA: Gempar! Anak Buaya Tembaga Ditemui Di Tasik Shah Alam

Kisah warga emas berjalan kaki.

Menerusi perkongsian pemilik akaun Facebook, Nursyifarina Imani Abdullah, dia berkongsikan kisah terserempak dengan warga emas yang berjalan kaki bersendirian di tepi lebuhraya dari Sungai Dua Seberang Ke Taiping.

Menurut gadis ini dia nampak warga emas itu dari jauh berjalan kaki menghala ke simpang tol Jawi. Katanya dia terus kerana mahu ke Tol Alor Pongsu. Pada awalnya dia berasa was-was untuk membantu, namun hatinya tergerak mahu membantu warga emas itu.

52498754_2082311231894733_922177410286223360_n

Menegur dan bertanya.

Tambahnya lagi, dia membawa motosikalnya melawan arah sehingga sampai ke simpang tol tersebut. Dia berhenti dan menunggu warga emas itu berjalan sehingga sampai kepadanya. Kemudian gadis ini memulakan bicara dengan bertanyakan soalan kepada warga emas itu.

jalan kaki 30km 1

Adoi baca sampai sini pun dah boleh buat rasa sebak. Peritnya rasa sambil membayangkan warga emas itu adalah bapa sendiri.

Helmet tiada. Tapi nak bantu.

jalan kaki 30km 2

Begitulah kalau niat sememangnya mahu membantu, insyaAllah akan dipermudahkan. Sedih bila warga emas ini sendiri turut menitiskan air mata.

Berjalan kaki lebih kurang 30km untuk cari kerja

jalan kaki 30km 3

Kentalnya hati, kuatnya semangat seorang lelaki yang sudah dimamah usia untuk berjalan kaki sejauh itu untuk mencari kerja…

Kebetulan sampai sahaja di stesen bas…

Setibanya mereka di stesen bas, warga emas tersebut memberitahu sambil menunjuk ke arah sebuah bas, “nak, itu bas Taiping!”. Lalu gadis itu pantas ke kaunter tiket dan membelikan tiket bas kepada warga emas tersebut.

jalan kaki 30km 4

52608832_2082311001894756_2026281650886803456_n

52702574_2082311095228080_5243349096328069120_n

Sumber: Nursyifarina Imani Abdullah

What do you think?

-4 points
Upvote Downvote
chef

[VIDEO] “Saya Suka & Hormat..”- Chef Wan Menyakat Tapi Netizen ‘Respect’ Cara Layan Mak, Dipuji Terbaik!

heliza

[VIDEO] “Wanita Yang Luar Biasa..”- Aliff Syukri Beri Derma, Puji Heliza Helmi ‘Buat Amal’ Sejak Muda!