in ,

AngryAngry OMGOMG

[VIDEO] “Takda Sivik Punya Orang!” – Wanita Ini Selamba Mandikan Anjing Dalam Bilik Salin Lampin Cetus Kemarahan Orang Ramai

mandi pet rnr

Viral di laman sosial dengan satu rakaman seorang wanita yang sedang memandikan anjing di dalam bilik salin lampin khas untuk bayi. Rakaman yang telah ditonton lebih dari 200,000 itu kini masih tersebar!

BACA: [VIDEO] “Ni Mesti Kes Salah Hantar Kad Jemputan Ni” – Berdekah Orang Ramai Melihat Lembu Datang Menjamah Dari Pinggan Di Majlis Kenduri!

Dalam video itu jelas kelihatan bilik tersebut untuk menyalin lampin bayi. Lebih teruk lagi wanita tersebut memandikan anjingnya di sinki! Difahamkan kejadian ini berlaku di Kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah Selatan.

R&R Tapah.. Toilet wanita.. boleh nampak kat situ BILIK LAMPIN ‼️ Bukan rakam saja, dah tegur dah sound. Even cleaner tu pun dah halang dari awai. So stupid la.Kredit : Live Video Farah ShafizaSubscribe via Telegram | https://t.me/infopenangkini

Posted by Penang Kini on Sunday, February 10, 2019

Perakam video terbabit Farah Shafiza Che Amat, 29 berkata dia terdengar bunyi kecoh beberapa pekerja pembersihan yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu ketika singgah ke R&R itu untuk ke tandas.

Dikatakan pekerja pembersihan dan Farah sendiri ada menegur perbuatan wanita itu tadi tidak diendahkannya.

“Saya juga ada terdengar dia kata yang anjing bukannya kotor pun. Kemudian saya terfikir untuk buat video ‘live’ di Facebook,” kata Farah.

Tambah Farah lagi, kejadian tersebut berlaku kira-kira 3 pagi kelmarin dan wanita itu yang tidak mengendahkan beberapa orang lain yang menegurnya, kemudiannya beredar meninggalkan R&R berkenaan.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut memberi reaksi negatif. Ada yang mengakui ini bukan masalah bangsa, tapi individu yang tidak tahu hormat sensitiviti agama lain. Malah ada juga yang berpendapat ini tentang isu kebersihan di tempat awam.

Peringatan dari PLUS.
Peringatan dari PLUS.

Bagaimanapun, pemilik video berkenaan telah pun membuat laporan kepada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan pihak PLUS sendiri memaklumkan melalui satu kenyataan bahawa bilik salin lampin terbabit telah pun disamak dan dibersihkan serta-merta.

Sumber: PenangKini / PlUS / Harian Metro

What do you think?

0 points
Upvote Downvote
lembu kenduri main

[VIDEO] “Ni Mesti Kes Salah Hantar Kad Jemputan Ni” – Berdekah Orang Ramai Melihat Lembu Datang Menjamah Dari Pinggan Di Majlis Kenduri!

kamal

[FOTO] “Cute Sangat..”- Gara2 Kongsi Foto, Kamal Adli & Uqasha Senrose Dikatakan Sesuai!